(OS) Padanya Ada Kasih (R15)

Write a review
RM13.90
Ask a question
978-967-411-761-0
Out of stock

======================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 978-967-411-761-0
Tarikh Terbit: 23 Feb 2016
Jumlah Muka Surat: 152
Berat (Kg): 0.21
======================

 

Sinopsis

Padanya Ada Kasih - Cinta itu Memberi Bukan Memiliki adalah nasihat yang disampaikan dalam bentuk kisah-kisah orang yang terdahulu dan masa kini bagi mendidik jiwa anak-anak melalui pengajaran daripada setiap kisah yang dikongsikan.

Dimulakan dengan kisah para sahabat agung Rasulullah s.a.w. sebagai nasihat buat pendidik muda dan ibu ayah yang bergelut dengan pelbagai cabaran dalam usaha mendidik anak amanah Allah. Kisah-kisah dalam buku ini dapat digunakan sebagai bahan berfaedah pada waktu santai bersama keluarga di rumah ataupun di mana sahaja. Antaranya kisah kehebatan infak Abdul Rahman bin Auf dan Abu Bakar As-Siddiq, kisah Mush'ab bin Umair yang meninggalkan kemewahan, kisah Salman al-Farisi, Bilal bin Rabah, serta kisah-kisah yang terjadi pada masyarakat masa kini yang dapat dijadikan pedoman hidup.

Nasihat yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber ini mampu memotivasi jiwa-jiwa yang berjuang mencari hala tuju dan hala bicara bagi mengambil pengajaran daripada setiap kisah yang dikongsikan di dalam buku ini.

 

Kandungan

  • Sekapur Sireh Pengarang
  • Siapa yang Memberi Cinta?
  • Definisi Cinta
  • Menyubur Jiwa Suka Memberi
  • Berbuat Tanpa Cinta
  • Mahar untuk Bidadari
  • Tinggalkan Kemewahan Demi Memburu Syahid
  • Pencari Kebenaran
  • Lambang Persamaan Darjat Manusia
  • Kawan Dinihari
  • Singa yang Menyimpan Kuku
  • Hamba Menebus Diri dengan Harta
  • Menyemai Benih Cinta
  • Lilin Keinsafan
  • Hajatmu Pasti Diperkenankan
  • Demi Cinta, Ikhlaskan Dia Pergi
  • Kesempatan Terkadang Datang Sekali
  • Di Mana Manisnya Cinta?
  • Pemberian yang Dikesali
  • Sedekahmu tetap Dinilai
  • Naluri Keibuan Tetap Sama
  • Cinta Seorang Anak
  • Cinta Itu Memberi
  • Menjadikan Diri Sendiri Pemurah

 

Review

Cinta itu memberi bukan memiliki. There is a lot of stories that educate is to spread our love to others. So that, we can feel that love too. Buku yang bermakna. -Hanisah Jamil

No reviews found