(OS) #KIPIDAP: Ayahanda Rani Kulup (RAK 34)

Write a review
RM19.00
Ask a question
978-967-369-303-0
In stock
+

=================
Format: Paperback
Saiz: 5.3"x7.6"
ISBN-13: 978-967-369-303-0 
Tarikh Terbit: 14 Oct 2015
Jumlah Muka Surat : 224
Berat (kg) : 0.26
=================

"Beban tanggungjawab kau sebagai orang pandai itu lebih besar daripada beban orang yang kau anggap bodoh ini."

Siapa sebenarnya Ayahanda Abdul Rani Kulup yang kini menjadi fenomena seantero negara?

Penampilan uniform ketat, rambut panjang, spek mata hitam dan tongkat serta beret merah yang ikonik, dengan mudah menarik lensa kamera dan video para wartawan pengamal media massa.

"Beban tanggungjawab kau sebagai orang pandai itu lebih besar daripada beban orang yang kau anggap bodoh ini."

 

REVIEW 1

Memang sudah setakat itu kemampuan dia, tidak ada pelajaran tinggi tetapi ada semangat yang tidak padam, lalu dia buat report.

Daripada sisi lain, saya keliru juga. Ada rasa tak puas hati dengan dia, mengapa tak report hal2 yang besar2 macam 1mdb, tapi pada masa yang sama, saya juga sedar, dia tetap manusia biasa. Ada perkara yang dia perlu hati2.

Jadi, sekiranya tidak dapat buat report yang berprofil tinggi, jangan pula ditinggalkan report2 yang kecil.

Sekiranya ada bertanya, apa kesan report pada masalah yang timbul? Saya pun tidak tahu. Yang pasti, dia sudah buat 'action' bukan sekadar 'talk'.

Selain itu, apabila kita buang segala imej ayahanda, buang imej presiden MJMM, buang imej king report, dia adalah orang tua yang mungkin sebaya ayah kita. Orang tua yang berjuang dengan caranya yang tersendiri.

- Bahruddin Bekri

 

REVIEW 2

Waktu mula-mula dengar Ayah nak buat buku, macam-macam jugalah datang dalam fikiran. “Biar betul? Ayah buat buku? Ayahanda Rani Kulup buat buku?”

Bukan apa, macam tak berapa nak logik. Apalah dia nak cerita? Apalah benda dia boleh kongsi? Kena pulak depan-depan buku terpampang, “Siapa tak baca, Ayah report!”

Amboi, itu je kerjanya. Report. Report.

Tapi bila mula dah kenal dia, bila dah baca buku #Kipidap ni, banyak sangkaan-sangkaan kau tu, akan kendur. Tak semestinya kau akan setuju dengan dia, memang payah untuk kau tiba-tiba pusing 360 darjah jadi peminat dia. Tak.

Tapi kau jadi lebih faham dia.

Buku #Kipidap ni unik. Unik sebab Ayah tu unik. Kemudian, buku ni, bahan dia memang terus daripada Ayah. Bukannya daripada orang yang trol Ayah.

Apa kita dapat dalam buku ni adalah lawak-lawak fresh. Kalau nak dikategorikan, buku ni boleh dikategorikan sebagai buku lawak. Tapi buku ni bukan penuh dengan lawak trol saja. Tak. Yang betulnya, buku ni penuh dengan report.

Bunyinya memang pelik. Apa pulaklah nak buat buku pasal report? Tapi itulah. Kalau tak baca, kau tak tahu. Bila kau baca, kau akan jumpa banyak, bahkan boleh jadi, sangat banyak, idea-idea best.

“Cikgu-cikgu Malaysia ni kita boleh harap, tapi jangan sampai nak ajar anak solat pun harap ke cikgu jugak. Jangan sampai nak buang sampah ke dalam tong sampah pun harap cikgu. Ini tak, bapaknya yang bawak kereta pergi hantar anak ke sekolah, sebelum sampai sekolah siap buang sampah tepi jalan lagi. Macam mana anak nak jadi menteri yang mendengar isi hati rakyat?”

“Ada banyak lagi benda lain yang boleh dibuat bahan kempen. Misalnya, kita beritahu bakal pengundi kita, yang kita boleh buat jalan raya 10 bulan lagi cepat daripada pemimpin lawan. Yang pemimpin lawan tak nak kalah. Dia kata boleh buat 9 bulan lagi awal siap.”

Itu baru dua “kata-kata hikmah” daripada Ayah. Ada banyak lagi. Dan kalau kau tak percaya, paling tidak ingatlah kata-kata Ayah ni, "Orang yang pandai ni patut tahu dua perkara dalam dunia buku. Kritik apabila sudah baca. Kalau belum baca cukup diam, atau kalau nak cakap juga, cakap yang kau tak baca lagi."

Ingat! Kalau tak beringat jugak, jangan pulak nanti muncung kalau kena report….

- Syarafuddin Sulaiman

 

 

No reviews found