(OP) Screw Work Let’s Play (OP2) [RAK 37]

Write a review
RM29.90
Ask a question
978-967-411-405-3
In stock
+

==================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-405-3
Tarikh Terbit: 25 Sep 2015
Jumlah Muka Surat : 328
Berat (kg) : 0.41
=================

 

Sinopsis

Buku ini akan menunjukkan kepada kita, langkah demi langkah, bagaimana mendapat bayaran daripada ‘play’. Bagaimana kita mampu tukarkan perbuatan yang kita suka, kepada sumber pendapatan kita.

Apa itu ‘play’? Adakah play itu bermain ataupun bermain-main? Ada banyak makna dalam perkataan play itu. Kita boleh memahami play itu sebagai bermain, dan juga sebagai berseronok-seronok. Kedua-duanya betul dalam konteks tersendiri.

Dalam buku ini, ada waktunya perkataan itu diterjemah. Ada waktunya, kita gunakan sahaja perkataan play itu supaya pembacaan menjadi lebih lancar.

Tidak kiralah kita sekarang ini berasa terperangkap dengan kerja yang tidak disukai, mahupun bekerja terlalu keras untuk bisnes yang tidak juga menjadi-jadi. Buku ini menawarkan buah fikir yang mampu mengubah hidup kita, dan juga strategi-strategi yang praktikal, yang kita perlukan.

Buku ini bukanlah berkenaan berseronok dan mengharapkan duit akan jatuh daripada langit terus. Tidak.

Apa yang akan ditunjuk adalah kunci bagaimana kita mampu mendapat bayaran daripada apa yang kita rasa seperti suatu hiburan kepada kita. Bagaimana kita mampu meraih playcheque kita yang pertama. Kemudian bagaimana kita mampu kembangkan lagi kemahiran ini sehingga kita mampu hidup dengan cara begitu, bahkan menjadi kaya dengan cara ini.

Dan sekiranya kita ini termasuk manusia yang tidak jelas apa yang patut dilakukan dalam hidup ini, maka mari, mari saya tunjukkan jalan supaya kita jelas berkenaan tujuan hidup ini terlebih dahulu.

Tidak kiralah sama ada kita mahu usahakan bisnes kita sendiri, memulakan hidup secara ‘freelance’, mendapat pekerjaan yang ideal daripada kosong, menulis buku, menjadi terkenal daripada hasil seni yang kita hasilkan ataupun mengubah dunia, buku ini mampu membantu.

Saya tidak mampu menunjukkan kepada kalian bagaimana mahu kaya dengan cepat. Saya tidak jumpa lagi cara begitu (kalau kalian tahu, tolong beritahu saya). Kalau ada apa-apa yang saya mampu tunjukkan caranya secara cepat, maka yang datang dengan pantas itu adalah rasa gembira. Saya mampu tunjukkan cara menjadi gembira dengan pantas.

Kebenarannya adalah walau apa pun bentuk kehidupan yang kita mahukan, kita mampu mencipta sebahagian daripada cara hidup ideal itu, sekarang. Melakukan perkara-perkara ini mampu membuatkan kita semakin gembira.

Apa yang menarik adalah: Kita akan lihat bahawa kegembiraan ini kemudiannya, pada banyak waktu, akan membawa kepada kejayaan dan kekayaan.
 

 

Isi Kandungan

Kandungan


Tentang Buku Ini

10 Rahsia


21 Mitos Kerja


Temuramah dengan Pakar

 

Bab 1: Sertai Revolusi Play

Sertai revolusi ini


Kita mampu dapat wang kerana berseronok

Dapatkan autonomi yang kita idam-idamkan

Seluruh muka bumi adalah pejabat kita

 

Daripada worker, kepada player

Ambil pengajaran daripada pemburu

 
Hapuskan rancangan kerjaya kita

 
Kisah saya: Saya tidak pernah mahukan kerja lain

Mari bercakap soal kematian

 

Bab 2: Rahsia Pertama: Bagaimana Mengetahui Apa yang Kita Benar-Benar Mahu

Kerana cintanya kepada coklat


Mulakan dari tempat yang betul

Memperkenalkan senjata rahsia kita: Playbook

 
Mitos 1: Sekiranya benda itu penting, kita pasti akan ingat

 
Satu lagi… Apa yang siri Columbo boleh ajarkan kita berkenaan menemui apa yang kita benar-benar mahu

Mitos 2: Jawapan kepada kerjaya yang saya cari berada dalam perkara yang saya belum pernah cuba sebelum ini

Berhenti mengenal pasti apa yang kita patut buat sepanjang hidup ini

 

Mari ambil cuti setahun

Perlukan inspirasi lagi?

Apabila kita kenang kembali kerjaya kita, bila waktunya kita paling gembira?

Siapakah idola kita?

Siapa yang kalian cemburui?

 

Apakah yang kita fikir sukar mahu hentikan?

Apakah perkara yang kita mahu lakukan sekiranya kita yakin kita tidak akan gagal?

 

Banyak sangat benda yang mahu dibuat dalam masa setahun?

Mitos 3: Sewajarnya hanya ada satu benda yang menarik minat saya. Saya wajar buat benda itu sahaja

Saya sangat-sangat berminat dengan satu-satu hal dan kemudiannya bosan

 

Selamat datang ke alam ini

 

Berita baiknya adalah: kita mampu memiliki apa yang kita benar-benar mahu

Mitos 4: Saya tidak mampu melakukan apa yang saya mahu lakukan tanpa latihan yang panjang dan mahal

Memperkenalkan Play Wednesday

Resipi kejayaan

 

 Bab 3: Rahsia Kedua: Bagaimana Memilih Langkah Seterusnya

 
Mitos 5: Melakukan apa yang kita suka itu tanda kita pentingkan diri sendiri

 Formula kegembiraan

Cari saat itu

Bagaimana mencapai flow (perasaan seperti air yang mengalir)- pengenalan kepada Wealth Dynamics

 
Creator (Pencipta)

Star (Bintang)

Supporter (Penyokong)

Dealmaker (Perunding)

Trader (Penjual)

Accumulator (Pengumpul)

Lord (Tuan)

Mechanic (Mekanik)

Mana satukah kita?

Tidak selesa?

Bakat, skil, dan semangat


Mengimbangi cinta vs. duit


Mendapat bayaran kerana menonton Youtube

Bagaimana mengelakkan diri daripada menjadi artis yang kelaparan

Bagaimana memilih apa yang datang seterusnya

 

Ambil Ujian Malam Ahad

Resipi Kejayaan

 

Bab 4: Rahsia Ketiga: Bagaimana Bermula pada Saat Ini Juga


Berseronok dengan makanan

Mitos 6: Saya tidak boleh mulakan apa-apa selagi saya tidak tahu akan ke mana

 
Apakah masalah mempunyai sasaran?

Mitos 7: Apabila saya mempunyai hidup sebagaimana saya mahu, saya akan gembira

Masalah apa pula dengan berfikir?

Pilih satu projek play
“Cari orang yang gembira, dan kalian akan temui satu projek.”

Bagaimana memilih projek

Sekiranya kita berada dalam keadaan ‘lumpuh kerjaya’

Sekiranya kita bekerja sendiri


Sekiranya kita masuk bidang yang betul-betul baru

Lebih pantas daripada Google

Mitos 8: Saya patut habiskan masa saya dengan meneliti dan membaca di internet

Diperlukan: Pakar bahan letupan


Berfikir besar, bermula kecil

Memulakan projek play

Faedah berada dalam keadaan play

Suatu saat play

 

Resipi Kejayaan

 

Bab 5: Rahsia Keempat: Bagaimana Memastikan Kejayaan Kita


Memberi minum teh kepada si pemiutang

Selamat datang ke rollercoaster

Memperkenalkan musuh kita

Kelahiran Top Dog

Menjinakkan Top Dog

Bina kumpulan sokongan kita

Mitos 9: Orang yang berjaya tidak perlukan sokongan (nasihat, proses mentor-mentee, latihan, terapi)

Berasa takut

Derek Sivers, pengasas CD Baby


Bagaimana kita mampu menjadi kebal

Berhenti meminta izin

Ambil petua kejayaan daripada pakar dunia


Bagaimana mahu menipu

Mitos 10: Orang terkenal memang berbeza daripada saya

Ambil Millionaire Test bagi kekal di laluan

Bagaimana ingin mencapai kemajuan pada waktu di mana kita tidak ada masa dan tenaga

Uruskan apa yang menyaratkan kepala, bukannya masa kita

Bagaimana menguruskan idea yang hebat

Bagaimana menjadi genius

Kuasa Creative Idling

Silakan, tidur sekejap

Resipi Kejayaan

 

Bab 6: Rahsia Kelima: Bagaimana untuk play for profit (Berseronok dan mendapat wang) dan play for purpose (Berseronok dan memenuhi tujuan)

Daripada idea di pantai kepada perniagaan bertaraf kebangsaan

 Mari kita memburu masalah

Menemui masalah itu

Mahu mengubah dunia?

Masalah mana yang mahu diselesaikan?

Resipi Kejayaan

 

Bab 7: Rahsia Keenam: Bagaimana Kita Juga Boleh Jadi Terkenal

icanhascheezburger.com- terkenal dengan lolcats


Hidup secara Perpetual Beta

Mitos 11: Saya mesti merahsiakan idea saya. Sekiranya tidak, orang lain akan mencurinya

Langkah pertama: Tonjolkan projek kita

Sophie Boss bercakap soal kesan coklat

Cerita begitu berkuasa

The Eden Project

Langkah kedua: Pilih saluran komunikasi kita


Emel

Blogging

Adakah membuat blog kelihatan seperti melibatkan terlalu banyak kerja?

Video

Bagaimana menerbitkan buku, mengacara siaran radio, ataupun melancarkan stesen TV kita sendiri dalam tempoh beberapa jam sahaja

Langkah ketiga: Siapakah orang yang sesuai dengan kita?

Langkah keempat: Mulakan perbualan dan perbincangan

Langkah kelima: Seni Menawan Hati, ataupun bagaimana menukarkan peminat menjadi pembeli

Akhir sekali, nota berkenaan bagaimana menghadapi kontroversi

Resipi Kejayaan



Bab 8: Rahsia Ketujuh: Bagaimana Mencipta Tawaran yang Tidak Mampu Ditolak

The Money Gym- menghasilkan jutawan

Menyediakan perkhidmatan atau servis

Jalan bagi membuatkan hal ini berkesan

 

Konsultasi

Bagaimana membuat duit dalam tidur- Ajaibnya pendapatan pasif

1. Produk berasaskan maklumat, cara baru menjual kepakaran

Kita ini bukan pakar?

Hebatnya mengetahui masalah

 
Cara mudah bagi mencipta produk berasaskan maklumat

 
2. Affiliate Marketing- menjual barangan tanpa perlu memilikinya

3. Blogging

4. Program keahlian

Jalan lain bagi menyampaikan penyelesaian kita

Resipi Kejayaan

 

Bab 9: Rahsia Kelapan: Bagaimana Memenangi Playcheque yang Pertama

Daripada mengajar di sekolah kepada bisnes persembahan

Mitos 12: Kita tidak akan dibayar kerana melakukan apa yang kita cintai

Tetapi saya perlukan duit sekarang ini juga!

Memenangi playcheque pertama

Mitos 13: Semua kawan-kawan saya kata yang mereka akan membeli apa yang dijual. Oleh itu sudah pasti saya sedang melakukan peraka yang betul

Nota berkenaan percuma

Mitos 14: Saya tidak boleh mengenakan bayaran untuk apa yang sedang dilakukan sekarang- Saya perlu baca lebih banyak buku, serta hadiri lebih banyak kursus dan bengkel

Jalankan kempen

Melepaskan diri saya daripada dunia kerja

Berikut cara melaksanakan kempen

Tulis Killer Email (Emel Membunuh)

Mitos 15: Saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa pun sebelum saya ada kad bisnes yang cantik dan website sendiri


Apabila sampai di sana, raikan!

Resipi Kejayaan

 

Bab 10: Rahsia Kesembilan: Bagaimana Mahu Berseronok Sepanjang Masa

Derek Sivers, ahli muzik dan juga usahawan, bercakap soal penyebaran satu-satu perkara

Saat bila mana Leslie Scott menyedari yang permainan Jenga-nya akan laku

Kerja 2.0

Mitos 16: Saya sudah pun memohon banyak kerja dan bercakap kepada banyak agensi. Namun saya masih lagi di sini. Oleh itu, semua ini adalah mustahil

Berikut cara bagaimana saya mengubah suai kerja-kerja sebelum bekerja sendiri

Menjadi Freestyle

Mitos 17: Lebih selamat bekerja dengan orang, daripada bekerja sendiri

Mitos 18: Gilalah kalau mahu bekerja sendiri dalam keadaan ekonomi sekarang

Mitos 19: Saya perlukan idea yang asli bagi memulakan bisnes

Cipta Portfolio/Siri Kerja-Kerja

Bekerjasama supaya pantas

Mitos 20: Saya tidak boleh bekerja sendiri kerana saya tidak pandai menjual/ memasarkan/ tidak pandai IT/ tidak pandai kewangan/ tidak mempunyai idea kreatif

Adakah semua nombor-nombor itu berkesan?

Mitos 21: Saya perlukan pelan bisnes setebal 30 muka surat sebelum bermula

Waktu bagi Meninggalkan Kerja Sekarang

Innocent Drinks

Resipi Kejayaan

 

Bab 11: Rahsia Kesepuluh: Bagaimana Kita Mampu Tiba Pada Kekayaan yang Diidam-Idamkan

1. Cipta visi kekayaan dalam bentuk kita sendiri

Adakah ‘kaya’ kita itu ada kaitan dengan kebebasan berjalan-jalan?

Ada laptop, boleh ke mana-mana

Adakah ‘kaya’ kita itu ada kaitan dengan waktu yang lapang?

Adakah ‘kaya’ kita itu ada kaitan dengan kemampuan mengubah dunia?

2. Uruskan wang kita seperti jutawan

Mulakan Play Fund kita

3. Alih halangan dalam diri supaya kita mampu kaya

4. Berani mengenakan bayaran yang sesuai dengan nilai diri

Karya asli Picasso

Adakah kita mahu kaya cepat?

Bagaimana menjadi kaya (dengan lebih) pantas

Apa yang perlu dilakukan apabila ada yang berkata, “Saya tidak mampu.”

5. Pilih strategi untuk menjadi kaya

Sophie Boss daripada Beyond Chocolate mengembangkan bisnesnya dengan Chocolate Fairies
 

Resipi Kejayaan

No reviews found