OP: Gadis Blink-Blink (R15)

Write a review
RM16.50
Ask a question
978-967-408-109-6
Out of stock
 
ISBN-13: 978-967-408-109-6 
Tarikh Terbit: 28 Mar 2013
Jumlah Muka Surat : 256
Berat (KG) : 0.20
Penulis: Qayyum Nur

 

 

Sinopsis novel Gadis Blink-Blink:

Mengisahkan tentang Nana (Haryana) seorang gadis Penang yang baru mendapat kerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur. Anak mami ini menumpang tinggal di rumah kawan kepada sepupunya yang bernama Zara.

 

Nana ini... ke mana-mana pun pergi selalu mendapat perhatian. Kenapa? Sebab penampilannya. Wajib bagi dia memakai baju yang warna terang benderang dan penuh dengan manik dan labuci yang merelip-relip. Anak mamilah katakan. 

 

Di pejabat, dia disayangi oleh majikannya, Encik Kader kerana dia seorang yang rajin dan cekap dalam urusan kerja. Tapi bukan senang mahu buat semua orang suka kepada kitakan? Di pejabat itu, ada 2 orang hamba Allah yang jaki dengan Nana, namanya Zowiyah dan Natrah. Mereka bertambah jaki apabila seorang peguam bernama Shahrul suka membela Nana apabila dia dibuli.

 

Nak dijadikan cerita... timbul pula salah faham di pejabat. Keadaan jadi bertambah kalut apabila Zowiyah menjadi reporter tak bergaji yang melaporkan kepada Puan Maznah (isteri majikan Nana) bahawa Nana ini punya hubungan istimewa dengan majikannya, malah mahu berkahwin. Apalagi, terperanjatkan Puan Maznah... Puan Maznah berusaha untuk tampil bergaya, malah meniru cara pakaian Nana. Zowiyahlah yang menjadi perunding imejnya. Semuanya demi suami tercinta!

 

Tiba-tiba, anak Encik Kader yang menuntut di London pulang bercuti ke Malaysia... dia pula seakan tertarik dengan Nana. Walaupun Nana ini pelik sedikit dari segi penampilan tetapi dia gadis manis yang sopan...perangainya juga 'blur-blur cute gitu'.

 

Tidak cukup menjadi suspek utama kepada kes cerita palsu majikannya yang kononnya akan berkahwin lagi, Nana terjebak pula dalam isu dua lelaki yang menaruh hati padanya dalam diam. 

 

Apa kesudahan kisah Nana, anak mami Penang yang suka pakai baju merelip ini?

No reviews found