===============================
Format: Paperback
Saiz: 6 x 9
ISBN-13: 978-967-369-262-0
Tarikh Terbit: 15 Mar 2014
Jumlah Muka Surat : 33.00
===============================
Kebanyakan daripada kita percaya bahawa ganjaran luaran seperti wang adalah cara yang paling berkesan bagi memotivasikan diri. Malah, kaedah tradisional seperti carrot and sticks banyak digunakan oleh pengamal bisnes di seluruh dunia. Daniel H. Pink membuktikan bahawa kaedah itu adalah salah.
Menerusi buku Drive. Pink mendedahkan satu kenyataan berkenaan motivasi yang ternyata berbeza. Berpandukan kajian saintifik yang dilakukan selama 40 tahun, sebenarnya manusia mempunyai bukan dua, tetapi tiga dorongan dalam diri iaitu:
Dorongan biologi
Dorongan hukuman dan ganjaran
Dorongan motivasi dalaman
Namun, amalan carrot and stick yang begitu meluas, secara tidak langsung membunuh dorongan yang ketiga dan menjadikannya hampir mustahil untuk wujud dalam diri manusia. Berpandukan tiga elemen motivasi sebenar iaitu, autonomi, masteri, dan tujuan hidup, Drive ternyata karya hebat Pink yang mampu mengubah cara kita berfikir, sekali gus memberi perubahan dalam cara hidup kita.
Pengantar Penterjemah
Pengenalan
Bahagian 1: Sistem Operasi Baru
Bab 1: Kebangkitan dan Kejatuhan Motivasi 2.0
Bab 2: Tujuh Sebab Motivasi Carrot & Stick Tidak Berfungsi Dalam Kebanyakan Situasi
Bab 2A: ... dan Situasi Tertentu di Mana Motivasi Carrot & Stick Dapat Berfungsi Dengan Baik
Bab 3: Type I dan Type X
Bahagian 2: Tiga Elemen Utama
Bab 4: Autonomi
Bab 5: Penguasaan Bidang
Bab 6: Tujuan Hidup
Bahagian 3: Toolkit Untuk Type I
Type I untuk individu: Sembilan Strategi Membangkitkan Motivasi
Type I untuk Organisasi :13 Cara Memperbaiki Syarikat, Pejabat, ataupun Pasukan
Prinsip Pampasan Zen :Membayar Upah Cara Type I
Type I untuk Ibu Bapa dan Pendidik: Sepuluh Idea bagi Membantu Anak-anak Kita
Senarai Bahan Bacaan untuk Type I: 15 Buku Penting Perlu Baca
Dengar Nasihat Pakar-pakar ini: Tujuh Pemikir Hebat Bisnes yang Memahami
Pelan Riadah untuk Type I : Empat Tip Naikkan Semangat dan Mengekalkan Motivasi untuk Bersenam
Ringkasan Drive
Glosari
Panduan Diskusi Drive; 20 Tip Pembuka Bicara Bagi Membantu Saudara Terus Berfikir dan Bercakap
Panduan Diskusi Drive: Ketahui dengan Lebih Lanjut tentang Diri Saudara dan Juga Topik Ini.
Penghargaan
Nota
Indeks
No reviews found