[NUSA] KUMPULAN PUISI : GELITA TAK BERDAYA MELENYAPKAN CINTA (RAK 28)

Write a review
RM15.00
Ask a question
Price in points: 15 points
In stock
+

Abizai ialah satu gejala dan fenomena dalam dunia perpuisian kontemporari di negara ini, khususnya di Sarawak. Tidak syak lagi, beliau ialah Raja Penyair Sarawak yang berada di takhta dan persada puisi Bumi Kenyalang ketika ini. Di Malaysia, saya tidak teragak-agak untuk meletakkan beliau dalam kelompok kesepuluh teratas daripada ratusan penyair aktif di tanah air. Di ruang halaman puisinya kita menyaksikan diksi yang tersusun rapi sehingga akhirnya menyerlahkan pemikiran terbaik dengan kata-kata terbaik dalam susunan terbaik untuk meninggalkan kesan terbaik. Tidak hairanlah sebahagian daripada puisinya mencapai takah pemikiran puitis yang berdiri teguh dalam arena puisi tanah air. Malah, sebahagiannya sudah mencapai tahap aforisme yang memperlihatkan ketinggian pemikiran, kedalaman renungan yang disampaikan dengan baris bahasa yang indah dan puitis. Aforisme datang daripada pengalaman, renungan dan pemikiran yang mendalam selain bakat, kreativiti dan keupayaan berbahasa. Yang mendasari puisinya lalah pemikiran, kebijaksanaan, pengamatan, kebenaran dan keindahan.

— Dr. Jeniri Amir.

No reviews found