Realisme yang dominan mempermudah perkongsian aneka rasa, gelisah dan resah kehidupan. Watak-watak lahir, tumbuh dan berkembang, bernyawa dengan kekuatan dan penuh kelemahan manusiawi, dalam dunia masing-masing. Kata-kata yang terukir dan membuatkan cerpen-cerpen ini lahir tumbuh serta mencengkam jiwa dengan naratif teralir bagai sungai. Sebuah kumpulan cerpen yang teradun hibiriditi dari dunia masakini yang bergaul dengan sejarah, nasionalisme, kemajmukan budaya dan manusia lalu menghadirkan kerencaman hiperrealiti.
No reviews found