Laboratorium menghimpunkan 26 buah esei seni persembahan khususnya persembahan teater di Malaysia dalam dekad 2000-an. Esei-esei kebanyakannya termuat dalam majalah Pentas. Seni persembahan teater di Malaysia diibaratkan berada dalam sebuah makmal atau laboratory dan tulisan ini sebagai pisau bedah yang membedah dalam melihat isi serta bentuknya. Seni persembahan bukan dilihat sekadar hiburan tetapi adalah wacana yang mewakili pemikiran serta perjuangannya. Di sini tulisan-tulisan ini melihat seni bukan pemujaan kepada bentuk tetapi kekuatan isi yakni ketinggian pemikiran dalam menghadirkan wacana.
No reviews found