"Serahkan semuanya kepada Allah. Hidup untuk Allah. Itulah matlamat
hidup kita. Abah takkan tinggal sebarang harta di dunia melainkan ilmu
untuk diamalkan. Abah akan bagi pendidikan. Abah ^nak kita semua
berkumpul di syurga" Masih terbayang-bayang kata-kata yang diulang
sejak saya kecil sehingga kami enam beradik sudah sedia menghafalnya
Abah sememangnya tidak banyak berkata-kata. Namun bicara
ringkasnya menjadi pesanan dan perlakuannya menjadi teladan. Beliau
mendidik kami menerusi tindakan sehariannya. Setiap peristiwa bukan
sahaja sekadar memori untuk dikenang, malah memberi ibrah yang
sangat bermakna dalam kehidupan.
Sememangnya benar, beliau pergi tanpa meninggalkan sebarang harta,
hanya sebuah rumah dan kereta biasa kerana semua yang ada telah
dilaburkan dalam bank akhirat. Setelah Abah berhijrah ke negeri abadi,
saya dapat melihat jejak-jejak ilmu yang beliau tinggalkan.
Coretan ini menghimpunkan kisah-kisah benar cinta seorang lelaki yang
dipanggil Abah dalam mendidik _ anak-anaknya. Namun, kisah ini
menjadi luar biasa kerana setiap pesanan dan tindakan adalah
berpaksikan matlamat dan slogan keluarga Abah ak kita semua
berkumpul di syurga,
No reviews found