Okay, Check!.
Amira Syahmina permata hati bongsu. Lebih dikenali dengan panggilan manjanya Adik. 2015, Adik tekad untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di luar negara. Selepas puas hati dengan menimbang kelebihan dan kebaikan, Medical Academy di
Nizhny menjadi pilihan.
Adik dan kakak Baby seakan dilahirkan untuk mencapai cita-cita yang sama. Kerjaya sebagai doktor dipilih, dengan niat untuk berbakti kepada masyarakat melalui pekerjaan mereka.
Sifat manja Adik sedari kecil, sering menimbulkan perasaan luar biasa di hati mama. Walaupun jarak asrama ke rumah, ketika Adik belajar di SBP hanya 33 kilometer pun membuat mama dihimpit rindu. Inikan pula
Adik berada jauh beribu kilometer di Nizhny.
Awak nak 'draw'?
Begitulah percaturan hidup. Berbeza dengan permainan catur. Menang, kalah atau seri pasti menjadi keputusan setiap pertandingan. Namun, dalam kisah hidup kita, tiada siapa dapat menduga apakah pengakhiran hidup kita. Ketentuan-Nya. Yang pasti, isilah laluan perjalanan hidup kita dengan bermakna untuk mereka, insan yang yang kita sayangi.
Terutamanya jika mereka adalah permata hati kita.
Ingin tahu isi cerita, "Epilog Cinta Dari Nizhny", ada jawapannya
No reviews found