Tajuk :Normalisasi Israel :Siapa Untung?
ISBN : 9789671836613
Penulis : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Muka Surat :95
Halaman : Hitam Putih
Berat (Kg): 0.185
Tahun Terbit : 2020
Format : Softcover
Dimensi (Cm) : 22.8cm x 15.3cm x 0.6cm
SINOPSIS:
Buku Normalisasi Israel merupakan sebuah buku yang ditulis oleh Duta Khas ke Timur Tengah, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan dan memberi kesedaran kepada pembaca khususnya di Malaysia mengenai usaha normalisasi Israel dengan beberapa buah negara dari Timur Tengah. Seterusnya, memberi gambaran tentang impak yang mungkin akan berlaku kesan daripada usaha ini yang mungkin akan menggugat keamanan dan kestabilan politik serantau. Isi kandungannya menceritakan tentang kisah Bani Israel dari zaman para nabi, diikuti dengan asal-usul penubuhan Zionis dan matlamat agungnya iaitu untuk menubuhkan Negara Agung Israel. Buku ini cuba membangkitkan semangat perjuangan dalam diri umat Islam dengan cara menimbulkan dan mengarahkan kecintaan umat Islam kepada kedudukan tanah suci Palestin yang menjadi tempat kelahiran para nabi di samping menimbulkan semangat kekitaan dalam kalangan umat Islam yang mempunyai persamaan akidah. Sesungguhnya, ikatan persaudaraan antara umat Islam lebih besar dan bernilai daripada persaudaraan yang berasaskan semangat kekeluargaan dan kebangsaan. Oleh itu, besarlah harapannya agar buku ini dapat memberi kesedaran tentang nasib yang menimpa umat Islam khususnya di Palestin dan meniupkan semangat jihad kepada umat Islam untuk mempertahankan Baitul Maqdis dan Palestin.
Mengapa anda perlu memiliki senaskhah buku ini?
1. Meneguhkan jati diri dan pendirian tentang kedudukan tanah Palestin.
2. Mendedahkan wajah sebenar di sebalik normalisasi pakatan ini di mana Zionis sebagai aktor utamanya.
3. Merungkaikan sejarah dan isu seputar Israel dan umat Islam masa kini.
No reviews found