Format: Paperback
Saiz: 6 x 9
ISBN-13: 978-967-481-038-2
Tarikh Terbit: 1 May 2017
Jumlah Muka Surat: 224
===============
Jack Ma adalah pengasas syarikat jualan online Alibaba. Pada tahun 2014 syarikatnya mencatat rekod sebagai tawaran saham awam yang terbesar di dunia.
Jack Ma telah menetapkan matlamat untuk mewujudkan 10 juta perniagaan yang menguntungkan dan 100 juta pekerjaan dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Beliau menjadi fokus utama ketika Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland pada bulan Januari lalu, apabila beliau memberitahu CNBC yang Amerika tidak boleh menyalahkan orang lain kecuali diri sendiri untuk isu-isu ekonomi.
Selepas tamat pengajian, Jack Ma memohon 30 pekerjaan yang berbeza tetapi kesemuanya ditolak mentah-mentah.
Jack Ma dilahirkan dari keluarga miskin di daerah Hangzhou, kawasan Zhejiang, China. Ketika beliau berumur 12 tahun, Jack Ma sudah tertarik untuk belajar bahasa Inggris. Beliau bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah hotel di Danau Hangzhou, sekitar 160 kilometer dari Shanghai. Dari situ, pemikirannya lebih terbuka dibandingkan teman-teman seumurnya.
Sejak Alibaba.com memecah tembok e-dagang dunia sekitar 2014, nama pengasasnya, Jack Ma menjadi sebutan. Pada tahun 2014 sahaja, jumlah transaksi atas talian Alibaba mencapai jumlah USD 248 bilion, lebih daripada jumlah yang diperolehi oleh Amazon dan Ebay.
Kisah perjalanan Jack Ma membina jenama Alibaba sehingga bergelar gergasi Asia sememangnya memberi inspirasi.
Buku Never Give Up: Jack Ma in His Own Words Edisi Bahasa Melayu ini menghimpunkan kata-kata dan pandangan beliau dalam setiap aspek kehidupan yang akhirnya memberi kesan dalam setiap kejayaan yang diraih.
ISI KANDUNGAN
DEDIKASI
PENGENALAN
Bab 1 :PERIBADI
Bab 2: PRINSIP PERNIAGAAN
Bab 3: ALIBABA DAN USAHA NIAGA LAIN
Bab 4: KEPIMPINAN
Bab 5: KEJAYAAN DAN KEGAGALAN
Bab 6: PERSAINGAN
Bab 7: WANG, PELABURAN DAN NILAI
Bab 8: KEUSAHAWANAN DAN INOVASI
Bab 9: PEMASARAN DAN MEDIA
Bab 10: INTERNET, E-DAGANG DAN PERDAGANGAN GLOBAL
Bab 11: ALAM SEKITAR DAN DERMAWAN
Bab 12: PELAJARAN KEHIDUPAN
Bab 13: PERISTIWA PENTING
Bab 14: SUMBER PETIKAN
Bab 15: PENGHARGAAN
Bab 16: MENGENAI EDITOR
No reviews found