ISBN: 9789671754320
Penerbit: Jejak Tarbiah
Penulis : Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 226
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.21 kg
Dimensi (cm): 20 cm x 13.2 cm x 1.8 cm
Membaca buku Negara Islam karya Buya Hamka ini membuatkan kita seakan-akan berada di zamannya. Konflik ummah, kerancuan pemikiran dan tekanan untuk mewajahkan Islam dalam masyarakat, dirasakan dalam setiap patah penulisannya.
Buya Hamka "memberontak dan melepaskan segala yang terbungkam berhubung kerisauannya terhadap masa depan umat Islam Indonesia pada ketika itu. Idea-idea dan buah fikirannya berhubung sistem pemerintahan Islam yang diimpikannya amat luas mencapah merentasi fiqh, aqidah dan falsafah.
Karya ini merangkumi tiga fasal utama yang menghurai pengertian dan makna Negara Islam itu sendiri, sekali gus memberi penjelasan secara terperinci perihal dasar pemerintahan Islam dengan tuntas.
Buya Hamka mengambil pendekatan seimbang (wasatiyyah) dalam mengupas persoalan negara Islam dengan tidak hanya bergantung kepada teks klasik semata-mata sebaliknya mengeluarkan ijtihad semasa melalui kefahaman terhadap kerangka demokrasi dan politik disekitarnya
No reviews found