Nasihat Buat Hati (L153,G6)

Write a review
RM10.00
Ask a question
978-967-411-708-5
Out of stock

===================

Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-708-5 
Tarikh Terbit: 30 November 2015
Jumlah Muka Surat : 120
Berat (kg) : 0.16
===================

 

Siapa yang sedang marah, yang rasa tak tenang, hatinya gundah gulana, carilah masa untuk dapatkan dan beli buku ini. Buku ini betul-betul bercakap tentang pembersihan hati. Orang yang baik tak mengutuk orang lain adalah orang yang hatinya baik. Orang yang boleh bercakap dengan sopan dan beradab adalah orang-orang yang hatinya baik yang datang dari keluarga yang hatinya baik. 

 


Sinopsis

 

“Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya, maka mengapa kita perlu mengeluh dan bersedih?”

Apa hikmahnya Allah s.w.t. menyembunyikan isi hati seseorang manusia daripada manusia yang lain? Tidak lain dan tidak bukan kerana Allah s.w.t. ingin manusia hidup dalam keadaan dan suasana aman, tanpa sedikit pun timbul rasa syak wasangka dan takut pada setiap detik dan ketika. Sudah pasti manusia tidak mampu melelapkan matanya jikalau setiap masa mereka dapat membaca isi hati orang lain.

Ini bukan kelemahan, bahkan satu kenikmatan yang tidak terkira, anugerah daripada Allah s.w.t. kepada kita. Sekiranya isi hati bukan perkara rahsia, dunia ini mungkin huru-hara.

 

5 Nasihat Buat Hati dari Habib Ali Zaenal Abidin Yang Boleh Dijadikan Pedoman

 

1. Pesanan buat penuntut ilmu

 

Penuntut ilmu perlu ada pen, kertas ataupun buku catatan. Kelengkapan bagi menyalin kembali apa sahaja yang diajarkan oleh guru adalah penting.

Kata imam As-Syafie, “Ilmu itu umpama binatang buruan, menyalinnya ibarat tali penambat. Maka, rugi bagi sesiapa yang sudah bersusah-payah menangkapnya kemudian dilepaskan sahaja mangsa berkenaan dengan begitu mudah.”

 

2. Orang Alim VS Orang Jahil

 

Hanya Allah swt yang tahu isi hati hamba-hambanya. Jangan ada dalam kalangan kita yang berasa cukup dan hebat dengan ilmu yang dimiliki.

“Jangan angkuh dan rasa diri sudah memadai dengan ilmu yang dipelajari. Insan yang tidak angkuh dan berasa ilmunya masih sedikit akan sentiasa meminta dan berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan kepadanya ilmu yang berguna.”

 

3. Bekalan menuju akhirat

 

Manusia bukan pemilik dunia. Apabila tiba masanya, manusia pasti meninggalkan dunia dan menuju ke akhirat. Kehidupan manusia di dunia begitu pendek dan seketika apabila dibandingkan dengan kehidupan di akhirat.

“Hiduplah di dunia ini seolah-olah kamu seorang manusia yang asing, ataupun kamu sedang dalam perjalanan dan kamu sentiasa merentasi suatu kawasan setempat demi setempat.”

 

4. Berfikiran jauh adalah sikap seorang dai

 

Susah untuk kita mencari dalam mana-mana hadis, Nabi Muhammad saw membenci golongan kafir atau mencela mereka. Ini menunjukkan cara bijak Nabi dalam berdakwah. Bukan dengan cara membenci mereka.

“Kita perlu berurusan dan berakhlak dengan peribadi yang baik kepada semua orang, tidak kira sama ada mereka menyayangi kita ataupun tidak. Jangan hanya memilih untuk berbuat baik dengan mereka yang kita sukai sahaja, manakala yang selainnya tidak pula diendahkan.”

 

5. Jangan menyusahkan orang lain

 

Dari kecil kita diajar untuk tidak menyusahkan orang lain jika ada apa-apa masalah. Dan jangan bergantung kepada manusia.

“Pinta daripada Allah swt, jangan terbiasa membebankan orang lain. Bimbang lama-kelamaan terhakis sifat dan rasa malu dalam diri. Cubalah untuk tidak meminta-minta dalam apa sahaja perkara, kecuali apabila diri sudah berada dalam keadaan yang begitu membebankan.”

 

Kandungan

 

Nasihat 1: Pesanan Buat Penuntut Ilmu

Nasihat 2: Alim vs. Jahil

Nasihat 3: Bekalan Menuju Akhirat

Nasihat 4: Berfikiran Jauh adalah Sikap Seorang Dai

Nasihat 5: Jangan Menyusahkan Orang Lain

Nasihat 6: Jangan Mudah Menghukum Seseorang

Nasihat 7: Dua Bentuk Dugaan

Nasihat 8: Bagaimana Amalan Kita?

Nasihat 9: Empat Sifat Golongan Bertakwa

Nasihat 10 : Bertaubatlah, Allah s.w.t. Suka

Nasihat 11: Islam Mendidik Supaya Berlembut

Nasihat 12: Jangan Biarkan Syaitan Menguasai Diri

Nasihat 13: Berwaspada ketika Mengucapkan Perkataan “Kalau”

Nasihat 14: Utamakan Ahli Keluarga

Nasihat 15: Lazimi Ayat Kursi

Nasihat 16 : Usah Berpecah, Bersatulah

Nasihat 17 : Jangan Tiru Mereka

Nasihat 18: Cari Hikmah dalam Musibah

Nasihat 19: Pinta Apa Sahaja kepada Allah s.w.t., Kamu Tidak akan Pulang Sia-Sia

Nasihat 20: Mahu Umur Panjang?

Nasihat 21: Sahabat yang Baik

Nasihat 22: Sedekah Menolak Gundah

Nasihat 23: Si Alim Ahli Neraka

Nasihat 24: Mukmin yang Kuat

Nasihat 25: Yang Utama Selepas Allah s.w.t. dan Rasul

Nasihat 26: Tanggungjawab Seorang Suami

Nasihat 27: Kemenangan Sejati dalam Islam

Nasihat 28: Kelicikan Syaitan

Nasihat 29: Air Pemadam Derita 

 

Review

 

Buku yang mengandungi nasihat-nasihat yang melindungi hati dari berbuat kerosakan, kejahatan, menghindari kejahilan serta mengelakkan diri dari terpesona dengan kenikmatan dunia. Buku ini juga mengandungi peringatan mesra dengan contoh-contoh dari hadith, Al Quran dan kisah ulama' serta imam ahli sunnah wal jamaah.

- Faraziela Yahya



Habib Ali Zaenal Abidin

 

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, diberi nama Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al-Hamid bin Sheikh Abu Bakar. Dilahirkan pada hari Jumaat, bertarikh 12 April 1974, di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Anak kedua daripada enam orang adik-beradik. Empat daripadanya lelaki manakala dua lagi perempuan. Lebih mesra dengan panggilan Habib. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana yang tinggal di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para alim ulama dan terdapat juga banyak institusi pengajian. Dalam pencarian menuntut ilmu, Habib Ali pernah berguru dengan barisan murabbi yang hebat seperti Ustaz Hasan Baharom, Ustaz Soleh Bal As’ad, Ustaz Abdul Hamid, Ustaz Soleh bin Agil, Ustaz Ahmad Barakwan, Ustaz Husin bin Abu Bakar, dan ramai lagi.

Pada usia 21 tahun, dengan restu ayahanda dan bondanya, Habib memilih bagi meneruskan pengajiannya ke Hadhramaut, Yemen. Di Hadhramaut, Habib Ali diberi kesempatan bagi menuntut ilmu dan berguru dengan Habib Umar bin Hafidz, iaitu pemimpin Darul Mustafa. Juga Habib Ali Masyhur, Habib Salim As Syatiri, Habib Hasan As Syatiri, Habib Abdullah bin Syihab, dan ramai lagi para guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu masing-masing.Habib Ali adalah antara penuntut generasi pertama yang belajar bersama Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustafa. Selepas itu, beliau bermusafir pula ke bumi Mesir. Hampir lima tahun  menuntut ilmu Universiti Al-Azhar, beliau menggunakan kesempatan yang ada untuk terus mendalami ilmu-ilmu agama bersama guru-guru hebat di Mesir seperti Dr. Abdul Badi' Abu Hashim, Dr. Saad Jawish, Dr. Ali Jum'ah, dan Dr. Muhammad Jibril.Sekarang, selepas menerima ijazah dalam jurusan Perundangan Islam dari Universiti Al-Azhar, beliau meneruskan lagi kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada peringkat Master dalam jurusan pengajian Al-Quran dan as-sunnah. Sesudah selesai pengajian di peringkat Master, beliau sekarang dalam usaha menyempurnakan pengajian di peringkat Doktor Falsafah pula. Pada tahun 2004, Habib berkahwin dan dianugerahi tiga orang anak perempuan.

Kini beliau dilantik menjadi pentadbir utama Darul Murtadza selepas pengemudi asal institusi itu, iaitu Habib Abdul Qadir Al-Jufri berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Hingga kini, banyak usaha-usaha pengajian dikendalikan oleh Habib sendiri di bawah kelolaan Darul Murtadza.Darul Murtadza berkembang dari sehari ke sehari, ia adalah satu institut pengajian yang menggunakan kitab-kitab utama dalam Islam yang berpengaruh di Malaysia. Tidak hanya di masjid, beliau turut diundang bagi mengisi slot-slot penting di radio juga di kaca televisyen.Latar belakang pendidikan dan pembangunan diri Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid yang dinamik dan menyeluruh, beserta kemahiran berdakwah yang sudah lama diasah dalam dirinya menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang tidak asing lagi di bumi Nusantara ini.

No reviews found