Save 15%

Nabi Juga Seorang Manusia #(L57,BL57)

Write a review
Old price: RM35.00
RM29.75
You save: RM5.25 (15%)
Ask a question
9789672459293
In stock
+

Tajuk : Nabi Juga Seorang Manusia 

ISBN : 97896772459293

Penulis : Khubaib Akhi

Tahun: 2021

Muka Surat : 319

Berat: 0.44

Saiz: 21.0cm x 14.8cmx 1.7cm

 

SINOPSIS

Meneroka Sisi Yang Hilang Dalam Meneladani Sirah

Merungkai sisi manusiawi Nabi SAW yang selalunya tersembunyi untuk menambah keakraban dan kecintaan kita terhadap Baginda SAW, lalu meneladaninya dalam segenap aspek kehidupan.

Kita selalu disajikan dengan kisah hidup Nabi SAW yang penuh keajaiban dan mukjizat. Namun, ia sering kali membuatkan sirah yang dibaca semakin jauh daripada realiti hidup kita yang tidak sempurna.

Bagaimana jika kita berkenalan semula dengan Baginda SAW sebagai seorang manusia?

Andai diteroka sedalamnya, apa yang kita lalui sehari-hari mempunyai persamaan dengan apa yang dilalui oleh Nabi SAW.

- Baginda SAW juga melalui kehidupan yang sarat ujian;

- Baginda SAW juga terbuat silap, sehingga ditegur Allah SWT.

- Baginda SAW insan maksum, namun turut memiliki fitrah semula jadi seperti kita.

Melalui buku ini, Khubaib Akhi merungkai sisi manusiawi Nabi SAW yang selalunya tersembunyi.

Ia bukanlah untuk meremehkan Baginda SAW, sebaliknya untuk menambah keakraban dan kecintaan kita terhadap Baginda SAW, lalu meneladaninya dalam segenap aspek kehidupan. Manusiawinya Nabi SAW tentulah ada pengecualiannya, Nabi tetap Nabi dengan jaminan maksum yang ditetapkan Allah SWT.

 

"Baginda agung. Baginda manusia paling agung. Tetapi baginda adalah manusia. Bukan tuhan, bukan sembahan, bukan idola. Kita mengikut baginda sallallāh ‘alayhi wa sallam adalah dengan ilmu, iman, dan amal berpandukan sunnah baginda. Bukan dengan cara-cara bid’ah dan khurafat rekaan generasi jauh di selang masa."

- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

 
 
KOMENTAR PENULIS
 
 
JANGAN HINA NABI KAMI
 
Tidak sedikit juga komentar kurang enak tentang 'Nabi SAW Juga Seorang Manusia' yang sampai kepada penulisnya.
 
Jika ia datang dalam bentuk kritikan dan wacana yang sihat, maka besar hatilah kita menadah telinga mengambil manfaat untuk penambahbaikan. Malangnya, ia selalunya berupa pekikan spontan dan lolongan tanpa memberi ruang kepada proses memahami inti dan naratif yang menjadi hasrat buku ini.
 
Di zaman lambakan maklumat ini, mendidik orang agar celik informasi adalah sebuah jihad yang melelahkan.
 
Dalam bab kedua buku saya ada menyorotkan penafian kepada kritikan-kritikan tersebut.
 
Buku ini berhasrat untuk memposisikan semula Baginda ke tempat asalnya, iaitu sebagai seorang Nabi dan seorang manusia. Nabi tidak sama 100% dengan kita, ada pengecualian dan pengkhususannya. Nabi juga bukanlah seorang dewa atau Tuhan, dia masih manusia dan tertakluk kepada naluri dan fitrah kesemulajadiannya.
 
Oleh kerana Nabi SAW itu adalah manusia, kita berkongsi banyak liku dan norma hidup lantas mewujudkan pautan dan perkaitan antara kita dengan Baginda. Oleh kerana manusia itu adalah Nabi SAW, Baginda menjadi inspirasi, teladan dan ikutan dalam menghadapi kehidupan kita.
 
Gabungan Nabi-manusia adalah posisi yang dapat membawa kita kepada keteladanannya (uswah hasanah) sebagaimana yang diperintah Allah SWT.
 
Manakala jika kita berada sama ada pada ekstrem pertama atau ekstrem kedua, kedua-duanya adalah 'menghina' Nabi SAW.

 

PROFIL PENULIS

Khubaib Akhi merupakan Pengasas Seerah Daily, sebuah platform perkongsian Sirah Nabi dan Sejarah Islam.

Seorang lulusan Sarjana Muda Fiqh & Usul Fiqh dan Sarjana Sejarah Islam, beliau aktif sebagai advokator penghayatan Sirah kontemporari. Nabi ﷺ Juga Seorang Manusia merupakan buku debut beliau bersama IMAN Publication.

 

No reviews found