Mukjizat Qiamullail (Q2)

Write a review
RM8.00
Ask a question
978-967-5137-90-7
Out of stock

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5137-90-7 
Tarikh Terbit: 31 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 208

 Berat (kg): 0.19

Malam adalah rahmat yang diberikan Allah SWT untuk hambaNya merehatkan jasmani dan sejenak... bertafakur, mengingat dan menghitung nikmat yang diberikan olehNya. Di samping itu, malam adalah waktu terbaik bagi seorang hamba bermunajat kepada Ilahi dan memohon ampun atas segala perbuatan dosa yang telah dilakukan di siang hari. Sudah semestinya seorang manusia memperbaiki imannya secara berterusan dengan taubat. Dalam solat malamnya pun, Rasulullah SAW teresak-esak ketika baginda membaca ayat-ayat al-Quran yang berbentuk ancaman.

      Solat malam adalah terapi untuk menyejukkan jiwa kita dan waktu yang paling tepat untuk mengakui segala dosa yang pernah kita lakukan kepada Allah SWT. Di pertengahan malam, kita memohon kepada Allah SWT agar berkenan memberikan keampunan dan terus meminta tanpa lelah. Ini kerana sebaik mana pun mutu iman seseorang hamba, pasti ada unsur-unsur yang kotor, walaupun sedikit. Hamba yang baik adalah yang terus mengakui dan berusaha memperbaiki kekotoran tersebut. Solat malam adalah saat untuk mengakui kekotoran itu pada Allah SWT, menengadah dan mengetuk pintuNya agar diberikan maghfirah, rahmat dan barakah. Ini disebabkan salah satu hikmah solat malam adalah sebagai wahana mendekatkan diri kepada Allah SWT dan penghapus dosa. Rasulullah SAW berkata:  

"Hendaklah kamu bangun malam. Sebab, hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, wahana mendekatkan diri kepada Allah SWT, penghapus dosa dan pengusir penyakit dari dalam tubuh.” (H.R. at-Tirmidzi)1 

      Perkembangan hati manusia tidak dapat diawasi secara zahir. Tindak-tanduknya pun berbeza dengan anggota tubuh yang lain, dan begitu kompleks dan dapat berubah berkali-kali dalam waktu yang singkat. Padahal, harta umat Islam yang paling berharga terletak dalam hatinya, iaitu iman dan takwa. Bagi yang sudah mendapatkan kedua harta tersebut, sudah semestinya mereka wajib menjaganya hingga ke akhir hayat, dan mati dalam iman dan Islam. Solat malam yang ikhlas, khusyuk dan berterusan adalah salah satu usaha agar hati kita diperkuat dengan asas iman dan Islam.

      Selain itu, solat malam adalah kemuliaan bagi orang yang beriman, iaitu orang yang mengambil peduli akan panggilan Allah SWT di pertengahan malam. "Siapa yang berdoa kepadaKu nescaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepadaKu nescaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepadaKu tentu Aku ampuni." Hadis riwayat Imam al-Bukhari tersebut adalah bukti kemuliaan malam, bagi semua orang Islam yang berdoa dan memohon keampunan. Semoga Allah SWT memasukkan kita di kalangan orang yang menghidupkan malam dengan solat dan zikir kepadaNya.

1. PRAKATA

2. SEJARAH TAHAJUD

3. QIYAMULLAIL (SOLAT MALAM)

Adab Tidur dan Rahsia Mudah Bangun Malam

  1.  
    1. Menurut Imam al-Ghazali (Ihya' 'Ulumuddin)
    2. Menurut Ibnu Qudamah al-Maqdisy (Minhajul Qasidin)
    3. Menurut Abu Bakar Jabir al-Jazairi (Minhajul Muslim)

Waktu Qiyamullail

Bacaan Qiyamullail

Qiyamullail Nabi SAW dan Doa Baginda

Doa Rasulullah SAW selepas Qiyamullail

  1. Riwayat at-Tirmidzi
  2. Riwayat Imam Malik

Qiyamullail pada Bulan Ramadhan

Keutamaan Qiyamullail

Malamnya Bagi Orang Soleh

  1. Al-Fudhail ibn 'Iyadh
  2. Imam As-Syafi'i
  3. Sufyan ats-Tsauri
  4. Malik bin Dinar
  5. Abu Sulaiman ad-Darani
  6. Dzun Nun Al-Mishri
  7. Muhammad bin Yusuf at-Thusi
  8. Amr bin Dzarr 
  9. al-Khawash
  10. Rabi'ah al-'Adawiyah

Bagi yang Tidak Solat Malam

Qiyamullail untuk Kesihatan Jasmani

4/SOLAT WITIR

Pesanan berkenaan solat witir

Anjuran mengerjakan solat witir

Waktu solat witir

Solat witir tiga rakaat

Surah-surah yang dibaca

Mengajak anggota keluarga mengerjakan solat witir

Zikir selepas solat witir

Witir dua kali dalam semalam

Solat witir satu rakaat

Ibnu Umar dan dakwah solat witir

DOA QUNUT DALAM SOLAT WITIR

DOA SELEPAS WITIR 

5/ TERAPI HATI

Taubat

Mengingati Mati dan Tidak Banyak Berangan-Angan

a.  Pendapat beberapa ulama tentang mengingati mati

b.  Cara membiasakan diri mengingati mati

c.  Tanda kejayaan dalam membina "ingat mati"    

Zuhud 

a.  Hakikat dunia

b.  Pendapat Rasulullah SAW mengenai dunia

c.  Jangan jadikan dunia sebagai tujuan hidup

d.  Kesederhanaan hidup Nabi SAW dan para sahabat

e.  Hati-hati dengan dunia

Menangis

a.  Anjuran menangis menurut ayat al-Quran dan hadis

b.  Menangis kerana takut pada Allah SWT

c.  Menangis ketika membaca al-Quran

d.  Beberapa faktor yang dapat menimbulkan tangisan

Istighfar

a.  Makna istighfar    

b.  Ayat-ayat yang menganjurkan istighfar 

6/ DOA

Adab dan Tatacara Doa Mustajab

Manfaat dan Keutamaan Doa

Waktu-Waktu Mustajab dan Orang yang Doanya Dikabulkan

Sebab Doa Tidak Mustajab

Doa-Doa Rasulullah SAW

No reviews found