MUHAMMAD RASUL TERAKHIR (MR-NI)

Write a review
RM80.00
Ask a question
9789672038535
Out of stock

Tajuk: Muhammad Rasul Terakhir
ISBN: 9789672038535
Penerbit: Must Read Sdn. Bhd.
Penulis: Dr. Rohaily Al-Jawhary
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 373
Halaman: Berwarna
Format: Hardcover
Berat (kg): 1.5kg

Dimensi (cm): 26x18.2x2

Khas buat mereka yang ingin mengenali dan mencintai Baginda Rasulullah SAW. Bersedialah untuk membaca setiap detik kehidupan Baginda, merasai keperitan yang Baginda lalui agar Islam sampai kepada kita umatnya. Semoga rasa cinta itu terbit dan mekar dalam diri kita sekali gus kita tergolong dalam kalangan yang menerima syafaat Baginda SAW.

 

 

BUKU PREMIUM

 

Anda akan dapat:

 

PERCUMA 4 POSTER yang menarik dan berwarna (sudah dilekatkan di dalam buku tersebut):

1. Salasilah Nabi Muhammad SAW (bermula dari Nabi Adam AS)

2. Poster perjalanan hidup nabi

3. Poster Fasa Mekah 13 tahun di Mekah

4. Poster Fasa Madinah 10 tahun di Madinah

5. PERCUMA AUDIO kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW.

 

BONUS! PULL OUT POSTER & AUDIO

 

BONUS!

POSTER PERISTIWA PENTING DALAM HIDUP NABI MUHAMMAD SAW

 

 


Pull Out Poster Peristiwa Penting dalam Kehidupan Rasulullah SAW dan audio penceritaan mengikut fasa hidup Rasulullah SAW.

Dengarkan audio peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW dengan lantunan suara merdu Ustaz Azwan (Far East)

 


KULIT KERAS

Buku ini adalah buku premium yang didatangkan dengan kulit keras yang sesuai dijadikan koleksi dan hadiah untuk yang tersayang.





MAKLUMAT MENARIK DAN 'RARE'

Buku ini dipenuhi dengan maklumat-maklumat menarik dan jarang ada dalam mana-mana buku sejarah Nabi Muhammad SAW. Ia dipersembah dalam bentuk infografik bagi memudahkan pemahaman pembaca.

 


POSTER PERCUMA

Buku ini juga dilengkapi dengan poster yang meringkaskan perjalanan fasa kenabian Nabi Muhammad SAW bermula di Mekah dan di Madinah.

 

ILUSTRASI MENARIK


Terdapat banyak ilustrasi yang menggambarkan peristiwa-peristiwa yang diceritakan dalam buku ini.

 

 

 MENARIK DALAM BUKU INI

 
 
TAMBAHAN POSTER TERBARU DALAM PAKEJ BUKU MUHAMMAD ﷺ RASUL TERAKHIR 

 

SINOPSIS

 

BUKU PREMIUM: MUHAMMAD SAW RASUL TERAKHIR

Sebuah Naskhah yang akan membawa pembaca ke zaman yang bermula sebelum kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Sebelum kelahiran Rasulullah SAW, masyarakat dunia menganuti pelbagai agama sebagai pegangan hidup mereka. Agama-agama seperti Nasrani, Yahudi, Majusi, Wathani, Al-Sabiah dan lain-lain telah menjadi pegangan kehidupan masyarakat dunia. Namun agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s iaitu agama Hanafiah masih diamalkan sebahagian bangsa Arab. Sejarah mencatatkan jarak kewafatan Nabi Ibrahim a.s dengan kelahiran Rasul terakhir ialah 20 kurun.

Seterusnya, pembaca akan dibawa pada sat kelahiran Baginda Rasulullah SAW, zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hingga Baginda diangkat sebagai Rasul utusan terakhir.

Seorang yang dipandang tinggi dalam kalangan kaumnya. Baginda terkenal dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda sentiasa memuliakan jiran, mengasihi anak yatim dan fakir miskin, tinggi kesabaran, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, pemurah, menjaga maruah diri, menepati janji, amanah dan sangat bertanggungjawab hingga mereka menggelar Baginda sebagai 'al-Amin'.

Detik-detik awal 13 tahun menyampaikan risalah Islam di kota Mekah, mengenali sahabat-sahabat yang membenarkan setiap kata-kata Baginda walu dicerca dan diseksa. Penerimaan masyarakat Mekah terhadap Baginda ketika itu berubah daripada yang dipercayai kepada pendusta.

Menyampaikan amanah sebagai RAsul terakhir diteruskan dengan berhijrah ke kota Madinah, 10 tahun Baginda menegakkan kalimah Allah di bumi itu. Setiap detik diceritakan dengan lebih terperinci agar menjadi tatapan umat yang ingin mengenali dan mencintai Baginda.

 

 

SIAPAKAH YANG PERLU MEMBACA BUKU INI

 

Khas buat mereka yang ingin mengenali dan mencintai Baginda Rasulullah SAW. Bersedialah untuk membaca setiap detik kehidupan Baginda, merasai keperitan yang Baginda lalui agar Islam sampai kepada kita umatnya. Semoga rasa cinta itu terbit dan mekar dalam diri kita sekali gus tergolong dalam kalangan yang menerima syafaat Baginda SAW.

 

BIODATA PENULIS

Dr. Rohaily Al-Jawhary

Dr. Rohaily @ Abd Rahman bin Abd Hamid dilahirkan pada 8 Jun 1972 di Johor Bharu. Memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 2018. Sebelum itu memperoleh MA dari universiti yang sama pada tahun 2013 dan BA (Hons.) pada tahun 1999 dalam bidang Dakwah & Usuluddin.

Kini beliau menjawat jawatan sebagai pegawai Hal Ehwal Islam JAWI di Kuala Lumpur. Antara pengalaman beliau dalam kerjaya, termasuklah sebagai pegawai Hal Ehwal Islam (Imam) pada tahun 2006 hingga 2009 di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP); di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai pegawai Hal Ehwal Islam pada tahun 2009 hingga kini, Panel Penyemak Teks Khutbah Jawi pada tahun 2007 hingga kini, Panel Penulis Khutbah JAWI pada tahun 2007 hingga kini (33 teks khutbah) dan Guru Fiqh Ibadah Program Imam Muda Qariah (IMQ) JAWI 2011 & 2012.

No reviews found