Save 15%

Misi Hero (L162)

Write a review
Old price: RM14.00
RM11.90
You save: RM2.10 (15%)
Ask a question
978-967-408-103-4
Out of stock

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-408-103-4 
Tarikh Terbit: 15 Oct 2012
Jumlah Muka Surat : 176

Berat (kg): 0.15

Kategori: Novel DewasaNovel Dewasa UmumNovel Islami

Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd

 

 

Gelaran anak yatim piatu benar-benar menghantui Akmal. Bersendirian menjalani hidup di Kompleks Tuju Penyayang bukanlah impian hidupnya. Ditambah pula dengan kehadiran tiga orang pembuli yang sentiasa mencari masalah dengannya, Akmal mula hilang keyakinan diri dan mempersoalkan hidupnya yang sentiasa dirundung malang. Namun, satu kemalangan ngeri yang menimpa dirinya membuatkan hidupnya berubah sama sekali. Kehadiran Sang Hero yang membawa perkhabaran tentang Elemen Baru dan punca kematian ibu bapanya membuatkan Akmal diburu oleh penjenayah antarabangsa. Tanpa gentar, Akmal bangkit dan muncul sebagai Hero sebenar.

=======================================================

ULASAN:

Akmal merupakan seorang anak yatim piatu yang baru kehilangan ibu-bapanya. Dia yang berada di Tingkatan Satu (13 tahun) diletakkan di dalam Kompleks Tuju Penyayang. Umpama jatuh,ditimpa tangga. Kehidupan Akmal tidak tenteram kerana selalu dibuli di kompleks tersebut. Faktor fizikalnya yang lemah menyumbang kepada kenapa kejadian malang tersebut dialaminya. Namun,peristiwa kemalangan yang menimpanya mengubah segala-galanya. Jantungnya telah digantikan dengan Elemen Baharu. Lantas,membuatkan diri Akmal umpama 'dilahirkan semula' dengan tenaga fizikal dan mental yang hebat. Jika dia dahulu tidak mampu mempertahankan diri ketika dibuli,kini dia mampu melakukannya. Jika sebelum ini dia lemah di dalam pelajaran,kini dia menjadi pelajar yang paling pintar di dalam sekolahnya. Apakah sebenarnya yang berlaku kepada Akmal? Adakah dia akan menggunakan kelebihan baharu yang dimilikinya itu di jalan yang benar atau salah? Dapatkan jawapannya di dalam novel Misi Hero ini! 

 

Novel ini lebih disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan awal remaja. Ini dibandingkan dengan novel Hero yang lebih sesuai dibaca oleh golongan lewat remaja dan dewasa. Ini dapat dilihat melalui watak utamanya (Akmal) yang digambarkan berusia dalam lingkungan awal remaja iaitu berumur 13 tahun.

 

Novel ini jugai merupakan sebuah novel tarbiah untuk dijadikan panduan dan motivasi kepada golongan muda yang seperti saya nyatakan di atas. Jika ada para pembaca yang mengharapkan ketelitian dan isi kandungan yang sama seperti di dalam Hero,kita tidak akan menjumpainya. Saya berpendapat,penulis telah menyesuaikan isi kandungannya supaya tidak begitu 'berat' dan sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak dan awal remaja. Tiada adegan yang terlalu ganas dipaparkan di dalamnya. Hal ini mungkin sekali berlaku kerana bukan aksi yang mahu dititikberatkan di sini. Sebaliknya,pengajaran dan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam Misi Hero lebih ditonjolkan. Yakni,sesiapa sahaja yang mengajak dan membantu manusia ke jalan Allah S.W.T.,merekalah Hero. Hero tanpa sut pintar!
Buku ini amat saya sarankan untuk membacanya,terutamanya kepada mereka yang dari golongan kanak-kanak dan awal remaja. Novel ini juga amat sesuai sekali dijadikan hadiah untuk golongan tersebut untuk dijadikan bahan bacaan. Namun demikian,novel ini juga boleh dibaca oleh sesiapa sahaja tanpa mengira golongan dan latar belakang. Penggunaan bahasa Melayu standard/tinggi dan baik serta mudah difahami digunakan oleh penulis. Lantas,tidak mengganggu kefahaman pembaca ketika membacanya. 

 

-source: Hilmi Isa, https://www.goodreads.com/book/show/17181095-misi-hero

 

 

No reviews found