MERINDU NABI DI GAZA [RAK 92]

Write a review
RM30.00
Ask a question
Price in points: 30 points
In stock
+

Buku ini menghimpunkan rasa dan kenang-kenangan penting sepanjang krisis Palestin-Israel yang bermula sejak tanggal 7 Oktober 2023. Dan Ia diselarikan dengan renungan-renungan terhadap Sirah Baginda yang agung. Ia semacam suatu bandingan yang mengkayakan lagi penghayatan terhadap realiti yang berlaku di lapangan.

Gaza telah pamerkan kepada kita semua bahawa meskipun terpisah lebih 1445 tahun daripada generasi Nabi SAW, kita masih berpotensi mengekori dengan rapat sunnah dan ciri generasi tersebut.

Gaza menjadi bukti bahawa benarlah apa yang Baginda dakwa sebagai ‘adik-beradiknya’ yang dirindui, iaitu mereka yang beriman setelah kewafatan Baginda yang tidak sempat bersemuka dengannya, tetapi masih mempertahankan sunnah dan syariah yang diwariskan sehingga akhir zaman.

Gaza adalah suatu teguran daripada Allah SWT buat kita semua.

Gaza adalah model masyarakat langka dan rare pada zaman kini.

Gaza adalah inspirasi dan cita-cita.

No reviews found