Harta rampasan yang berasa di hadapan Saidina Umar terlalu banyak dan sangat bernilai. Selain daripda harta peribadi milik Raja Parsi, tentera Islam juga membawa jongkong emas serta peralatan perang. Kemudian Saidina Umar memandang raut wajah setiap sahabat lalu berkata, "Sesungguhnya kaum yang membawa harta rampasan ini sehingga ke sini adalah seorang yang benar-benar amanah."
Saidina Ali bin Abi Talib pula berkata, "Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya kamulah orang yang paling zuhud dan paling aminah. Sekiranya ketua kami bersikap sedemikian, maka kami semua akan mengikut sikap kamu wahai Amirul Mukminin. Tetapi jika kamu wahai Umar mengambil harta sesuka hatimu, maka kamu lihatlah sendiri kehancuran kaummu nanti."
Ini sebahagian sahaja daripada kisah-kisah yang digali kembali dalam buku ini.
Menariknya, buku ini bukan berkenaan Saidina Umar ataupun Saidina Ali. Mahupun Saidina Abu Bakar. Buku ini adalah tentang 7 sahabat lain yang nama mereka tidak masyur.
Tidak masyur d bumi, namun harum semerbak nama mereka di langit.
No reviews found