Tajuk : Meraih Berkat Tanpa Riba
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.
ISBN : 9789670392875
Penulis : Firdaus Shahidin
Halaman : 121 muka surat
Berat : 200 gram
Sinopsis:
MERAIH BERKAT TANPA RIBA
Allah SWT berrman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu, akan adanya peperangan daripada Allah dan rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).” (Surah al-Baqarah 2: ayat 278-279)
Demikianlah amaran Allah SWT terhadap orang yang masih kekal bergelumang dengan aktiviti melibatkan riba. Ancaman perang ini bukan satu mainan atau gurauan, ia adalah sebenar-benar ancaman daripada Allah SWT. Ancaman yang cukup besar ini tidak disebut ke atas dosa lain selain dosa riba!
Buku ini hadir sebagai salah satu rujukan santai bagi membantu kita, seluruh umat Islam khususnya di Malaysia meraih berkat tanpa riba. Selain memaparkan jenis-jenis riba dan bentuk riba dalam aktiviti kewangan semasa, penulisan ini juga mengandungi pandangan agama lain terhadap riba, bagaimana cara untuk bebas riba, dan banyak lagi! Perkara ini penting disebar luas agar semua umat Islam faham dan bertindak untuk menjauhinya. Dapatkanlah buku ini! Moga-moga dengan petunjuk yang diberi oleh Allah SWT, kita semua selamat daripada dosa riba. Insya-Allah.
No reviews found