Qisya Ziana fobia terhadap kucing kerana pernah dicakar kucing liar semasa umurnya lima tahun. Bagaimanapun, insiden pertemuan antara dia dan Puteh telah mengubah dirinya daripada seorang yang takutkan kucing, kepada seorang yang sangat sayangkan kucing.
Dia sangat sayangkan haiwan comel itu sehingga sanggup menghabiskan masa lapangnya dengan menyertai program memberi makan kucing jalanan yang dianjurkan oleh sebuah organisasi NGO, Rumah Untuk Meow.
Suatu hari, Qisya terdengar perbualan antara Kak Balqis dan Bang Iman, pengasas Rumah Untuk Meow yang mengatakan bahawa tempat perlindungan itu akan ditutup. Qisya sedaya upaya mencari jalan untuk membantu mereka. Tetapi sesuatu berlaku kepada Puteh yang menyebabkan Qisya berubah sikap. Mampukah Rumah Untuk Meow bertahan atau terpaksa dihentikan operasi?
Kandungan
Bab 1 :Puteh
Bab 2: Spa Kucing
Bab 3: Komik
Bab 4: Kafe Kucing
Bab 5: Kucing Jalanan
Bab 6: Rumah untuk Meow
Bab 7: Pembuli Kucing
Bab 8: Pertandingan Kucing Tercantik
Bab 9 : Dijerkah Datin
Bab 10: Bantuan
Bab 11: Hilang
Bab 12: Meratap
Bab 13: Pak Tam
No reviews found