Menulis dari Hati Biar Sampai ke Hati

Write a review
RM43.00
Ask a question
Price in points: 43 points
In stock
+

Bahagian 1: Tulislah Cerita, Jiwa Lentur, Akal Akur Cerita sentiasa mempengaruhi manusia, baik jalan kiri atau pun kanan. Bagaimana kita dapat membangunkan cerita yang membawa kepada jiwa yang lentur dan akal yang akur? Dalam bahagian ini, penulis membawa pengalaman yang dapat dijadikan rangka fikir dan rangka kerja dalam pengkisahan baik berbentuk fiksyen, kembara dan kisah hidup. Bahagian 2: Menggali, Menyusun Teladan dan Hikmah dalam Penulisan Kisah Hidup Kisah hidup akan mati sebagai laporan semata-mata jika tidak disilangkan bersama hikmah dan pengetahuan yang datang bersama. Penulis memberikan panduan bagaimana merangka kisah hidup yang membentuk nilai menggunakan bahan pembacaan dan pengamatan yang datang bersama. Bahagian 3: Menulis menggunakan 4 Kuadran Diri Bagaimana menulis menggunakan kuadran modal diri? Untuk topik ini, kita akan melihat bagaimana modal diri sendiri boleh digunakan sebagai asas bagi menghasilkan penulisan persuasif yang dapat mendekati pembaca dan relevan. Sesuatu yang relevan akan bertahan lebih lama, menjangkaui tempoh yang kita jangkakan.

No reviews found