Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5564-59-8
Tarikh Terbit: 22 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 192
Berat (kg): 0.27
========================
Pasti anda mahu tahu
Apakah maksud Iman dan hidayah? Apakah kaitan antara kedua-duanya?
Mengapa hidayah Iman itu penting kepada manusia?
Kaedah bagi mendapatkan hidayah Iman.
Kisah individu yang berjaya menikmati manisnya limpahan hidayah Iman serta kisah individu yang tidak berjaya memperolehinya.
Hidayah Iman adalah hak mutlak Allah.
Hidayah Iman adalah misteri yang tidak mampu dirungkai.
Hidayah Iman adalah persoalan yang tidak mampu dijawab oleh mana-mana manusia.
Individu sebengis Umar al-Khattab begitu mudah menuai iman sejurus ditanam benih hidayah oleh Allah. Segalanya terjadi sebaik sahaja beliau selesai membaca enam ayat daripada surah Taha.
Individu semulia Abu Talib tidak mampu merasai nikmatnya Iman sehingga hembusan nafasnya yang terakhir, walaupun Nabi Muhammad sendiri yang mendoakan hidayah untuk dirinya.
Menuai Hidayah Iman membicarakan perihal misteri di sebalik hidayah dan Iman. Buku ini memberikan pencerahan yang jelas berkaitan hakikat Iman.
Buku ini juga membuka rahsia bagaimana mempersiapkan diri supaya dapat terus menuai hidayah iman di sepanjang kehidupan sampai ke saat ajal datang menjemput.
Buku ini juga menceritakan kisah-kisah individu yang merasai nikmat Iman melalui benih hidayah, yang hanya dikurniakan atas sifat belas ihsan Allah.
Mari sama-sama kita memperkukuhkan anugerah Iman dalam diri kita melalui Menuai Hidayah Iman.
Kata Pengantar
Bab 1: Menelusuri Hakikat Iman
Menyelami Makna Iman
Perbezaan Antara Muslim dengan Mukmin
Meneliti Kedalaman Iman
Produk Keimanan
Bab 2: Mengukur Kadar Keimanan
Khabar Gembira untuk Orang Mukmin
Lebih Mengutamakan Keimanan Daripada Kekafiran
Antara Iman dan Jihad
Tahap Iman yang Berubah-ubah
Bab 3: Kaedah Mencapai Hidayah Iman
Sekilas Berkaitan Hidayah Iman
Mengapa Hidayah Iman itu Penting?
Kaedah Mencapai Hidayah Iman
Bab 4: Penghalang dan Perosak Iman
Membebaskan Diri Daripada Penyakit-Penyakit Hati
Menjauhi Empat Perkara
Mendustakan Ayat-Ayat Allah
Jangan Suka Melakukan Maksiat
Akibat Tidak Mendapat Hidayah
Bab 5: Kisah-Kisah Menarik Berkaitan Iman
Kisah Orang yang Memperolehi Hidayah
Kisah Orang yang Tidak Mendapat Hidayah
Bab 6: Tahap Iman Para Sahabat
Bibliografi
Biodata Penulis
No reviews found