Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5"
ISBN-13: 9789678604154
Jumlah Muka Surat: 288
“Bersiaplah menjemput mati, mati bagimu adalah pasti, janganlah kau takut mati, ketika hidupmu dihampirinya.” – Sayidina Ali kw
“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan untuknya.”
Mati Itu Pasti. Mati jualah menjadi pemutus kelazatan. Tetapi tidak ramai yang mahu memikirkannya kerana tekun terhadap urusan dunia. Apabila hati terusik mengingati kematian, nafsu cepat-cepat membantah, “Untuk apa ingat mati? Umur masih muda. Bila sudah tua buatlah ibadat sebanyak mana yang mahu. Sekarang waktu untuk bersenang-senang.”
Ucapan itulah membuatkan kita semakin lalai dan alpa. Belum tentu dalam sehari kita akan mengingati mati, apalagi merancang sbuah kematian indah. Bukankah mati itu harus menjadi saat dirindui untuk bertemu kekasih abadi? Munajatlah tanpa jemu, agar saat bertemu dengan-NYA kelak kita membawa pohonan pahala untuk dihitung, bukan bebanan dosa untuk dihisab.
MENJADI TETAMU BARZAKH sarat dengan hikmah, nasihat dan solusi agar suatu masa nanti roh kita ditempatkan dalam kalangan husnul khatimah. Jadikan kematian sebagai jambatan pantas untuk mengecapi indahnya bertemu ALLAH, lantas mencipta jejak ke syurga nan abadi!
Antara Kandungan Menarik:
- Mengapa perlu taubat sebelum mati?
- Barzakh: Antara nikmat dan sengsara
- Tip mengecapi bahagia di Akhirat
- Amalan berkekalan buat si mati
- Golongan celaka di Akhirat
- Tip meraih jejak ke Syurga
- Kematian dan persediaan
- Dahsyatnya Neraka
- Calon-calon Neraka
- Nikmatnya Syurga
No reviews found