Meneruskan Perjalanan mengandungi 12 buah cerpen yang ditulis sejak tahun 1972 yang keseluruhannya memperihat dan membicarakan kehidupan masyarakat, khasnya wanita dalam negara yang sedang membangun. Nilai-nilai baharu dan tradisi bertembung, lalu menimbulkan konflik. Watak-wataknya terdiri daripada wanita yang berazam untuk maju sebagai pelajar, pendidik, penulis, pegawai dan sebagainya. Namun mereka menghadapi pelbagai cabaran dalam "meneruskan perjalanan" ke pulau cita-cita.
No reviews found