Sinopsis | Buku ini merupakan rakaman peribadi penulis menjelajah bumi Palestin ketika terlibat dalam misi A2G12-ER. Penulisan yang digarap hasil pengalaman ini membawa para pembaca menelusuri jalan-jalan yang dirobek oleh kebiadaban Zionis di bumi Gaza. Bahkan, jalinan hati yang dipaterikan bersama-sama warga Gaza turut dirasai kehangatannya lewat penulisan ini. Ungkapan yang diluahkan oleh warga Gaza dalam kalangan ibu-ibu pejuang, isteri-isteri mujahid merupakan mutiara yang tersemat baik di kalbu para pembaca. Di dalamnya terkandung pesan-pesan persaudaraan Islam, paparan keberanian dan kelelakian (rijal) Islam, keindahan kesabaran dak ketulusan ibadah. Buku ini memaparkan pengorbanan ibu-ibu di Gaza dalam mendidik dan memupuk semangat juang yang kental ke dalam hati anak-anak mereka sejak kecil lagi. Sewajarnyalah mereka digelar srikandi Gaza dengan jati diri yang patut dicontohi dan diikuti. | |
---|---|---|
Penulis | Zaharan Sulaiman | |
Bil. Halaman (ms) | 76 | |
Berat Buku (kg) | : | 0.19 |
No reviews found