Mendorong Anak Suka Membaca Zamri Mohamad,Faziela Isa

Write a review
RM38.00
Ask a question
Price in points: 38 points
In stock
+

Pasangan ibu-bapa muda resah apabila melihat anak orang lain seawal usia empat tahun sudah tahu membaca. “Abang macam mana ini?” Dalam keadaan resah, si bapa membelikan panduan membaca sehingga beratus ringgit. Itu pun semakin berganda. Esoknya, si influencer dalam Facebook Live pula berkata, “Kasihan anak kalau masuk darjah satu tak pandai membaca. Ketinggalan nanti!” Si bapa bertambah panik. Dia sudah rasa dirinya gagal mendidik anak. Si ibu pula mengelak daripada bersembang dengan kawan-kawan yang ada anak seusia. Kebimbangan itu nampak ketara sehinggalah jirannya, seorang ‘pensyarah rakyat’ pendidikan awal kanak-kanak berkata, “Tuan, tahukah sebelum anak tahu membaca, dia mesti suka membaca?” “Apa bezanya?” “Kajian akademik memanggilnya reading readiness. Bertenang. Anak yang tahu membaca, sukses pada hari ini. Anak yang suka membaca, sukses sepanjang usia. Tuan mahu yang mana?” “Bagaimana caranya?” Lalu ditunjukkan langkah demi langkah daripada buku ini.

No reviews found