Penerbit: Ilham Books
Penulis:Mahmood Zuhdi Ab Majid
Muka Surat: 294
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.310
Dimensi (cm): 25cm x 13.5cm x 2cm
---
Bertandang ke Bumi Firaun mengisahkan jalan hidup penulis yang berkelana ke Mesir dalam perjuangan mencari identiti membina kedewasaan. Dengan kudrat yang ada dan teman baharu pendamping dalam hidupnya, Mahmood Zuhdi berkelana ke bumi Firaun menempuh cabaran menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar, sebuah institusi Islam tersohor di dunia.
Oleh kerana hasrat yang ingin dicapai, segala liku kehidupan di Mesir beliau lalui dengan tabah. Penumpuan terhadap pelajaran diberikan sepenuhnya agar beliau menjadi produk keluaran Nilam Puri yang cemerlang di Mesir. Meskipun begitu, Mahmood Zuhdi tetap menikmati kehidupan di Mesir dengan pelbagai pengalaman dan pengamatan yang menarik. Penceritaan beliau seolah-olah membawa kita mengembara zaman 1970-an terutama suasana di Universiti Al-Azhar dan kota Kaherah.
Bergaul dengan masyarakat Arab memerlukan teknik tertentu agar tidak ditipu bulat-bulat atau akur tanpa menegakkan hak sendiri. Melalui 'ajaran' seorang wanita Arab, beliau menggunakan ilmu tersebut ketika melakukan urusan harian terutama apabila membeli barangan di pasar. Kalau tiada skil, boleh ditipu hidup-hidup kerana terlalu lurus. Kuncinya ialah menguasai bahasa mereka jika tidak mahu dipergunakan.
Penulis juga turut merasakan detik-detik cemas menjadi pelarian perang dan setiap masa yang berlalu sebelum menjejakkan kaki ke tanah air dirasakan begitu perlahan dan menjadi suatu catatan yang berharga dipersembahkan dalam buku jilid ketiga siri autobiografi Mencari Identiti ini.
No reviews found