Tajuk: MEMBONGKAR MISTERI BOROBUDUR
ISBN: 9789672278450
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 217
Halaman: Berwarna
Berat (kg): 0.40 kg
Dimensi: 21 cm x 14.5 cm x 1.3 cm
SINOPSIS
BOROBUDUR adalah istana Ratu Saba’ atau Ratu Balqis. Negeri Saba’ yang hilang pada zaman Nabi Sulaiman dan digambarkan sebagai sebahagian dari syurga yang ada di bumi, ternyata berada di Indonesia. Fakta mengejutkan itu disampaikan oleh ahli matematik Islam, KH Fahmi Basya Hamdi. Melalui kajian selama lebih 33 tahun, sejak 1979 hingga kini, beliau bukan hanya memaparkan tentang peninggalan Nabi Sulaiman yang agung tetapi mengubah sejarah Nusantara. ‘Al-Quran datang tidak hanya meluruskan ilmu tauhid dan akhlak manusia, tetapi juga meluruskan dunia kepurbakalaan kita,’ kata KH Fahmi Basya Hamdi seperti dikutip dalam buku beliau yang berjudul ‘Borobudur dan Peninggalan Nabi Sulaiman’, cetakan ke-7, Januari 2014, terbitan Zaytuna. Menurut beliau , ciri-ciri Negeri Saba’ yang pernah disinggahi Nabi Sulaiman dan tenteranya telah digambarkan dengan jelas dalam Al-Quran, melalui kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis. Kisah itu bermula ketika Sulaiman pergi ke Yaman.
Ketika berad di Yaman, Sulaiman meminta kepada burung hud-hud (sejenis belatuk) untuk mencari sumber air. Selepas lama disuruh dan tidak kembali, bahkan selepas dipanggil, burung hud-hud akhirnya kembali. ‘ Aku telah terbang untuk mengintip dan berjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan’ demikian kata burung hud-hud kepada Nabi Sulaiman . Pernyataan itu mengundang rassa ingin tahu Nabi Sulaiman . Diteruskan oleh burung hud-hud, ketika sedang mencari sumber mata air, dia terbang jauh dan melihat sebuah negeri yang sangat indah. Negeri itu bernama Negeri Saba’ dan dipimpin oleh seorang raja perempuan yang dikenali sebagai Ratu Balqis. Istana yang dilihat oleh burung hud-hud itu, menurut KH Fahmi Basya Hamdi , berada di antara dua dukuh, yakni Dukuh Dawung dan Dukuh Sambireja, Kampung Bokoharjo dan Kampung Prambanan, Kecamatan Prambanan , Kabupaten Sleman, Yogyakarta, Indonesia.
‘Pemakaian istilah Ratu Boko dalam kajian ini sekadar untuk mengenali tempat, kerana tempat itu sekarang bernama Istana Ratu Boko, bukan untuk mengatakan bahawa ratu Saba’ atau Ratu Balqis sama dengan Ratu Boko,’ tegas beliau. Ratu Balqis dan pengikutnya bersujud menyembah matahari dan meninggalkan ibadat menyembah Allah. Dia dan pengikutnya juga telah disilapkan matanya oleh syaitan kepada perbuatan yang syirik. Selepas mendengar keterangan burung hud-hud, Nabi Sulaiman sangat murka. Sebab tiada tuhan lain yang wajib disembah, selain Allah SWT. Kemudian baginda menulis surat yang isinya meminta supaya Ratu Balqis kembali ke jalan Allah. Surat itu diberikan oleh burung hud-hud dan diterima oleh Ratu Balqis. KH Fahmi Basya Hamdi menyatakan bahawa surat Nabi Sulaiman itu ditemui , di dalam kolam Istana Ratu Boko, diperbuat daripada lempengan emas, di tempat upacara menyembah matahari.
No reviews found