Melakar Agenda #(L55)

Write a review
RM10.00
Ask a question
9789671292471
Out of stock

Di awal buku jelas memberi kefahaman kepada sesiapa yg berminat untuk memahami makna politik dalam Islam. Sesetengah rakyat telah dicandukan dengan dengan fahaman politik itu berbeda dengan agama dan berada di luar agama.Sedangkan hakikatnya,politik itu adalah sebahagian dari Islam. Politik Islam itu berdiri di atas 5 prinsip yg tidak boleh diubah,iaitu prinsip sumber hukum,prinsip syura, prinsip keadilan,prinsip kebebasan dan prinsip kemanusia. Meskipun demikian,pendekatan atau strategi politik dalam Islam tidak pernah dihadkan kerana Islam menganggap ruang dan zaman itu adalah sebahagian daripada elemen kemaslahatan.Lantaran itulah, apabila kita mengkaji sains politik Islam,keutamaannya adalah pada prinsipnya dan bukan formatnya.

Dalam bab PAS dan Melayu pula,Mujahid menegaskan pandangan mengenai ketidakrelevenan untuk PAS dan UMNO bergabung. Mengulangi pandangan cermat beliau, UMNO dan PAS harus kekal bersaing secara sihat bukan untuk berpecah tetapi untuk menawarkan pembelaan melayu yang lebih meyakinkan khusus membina keperibadian Melayu yang inklusif dan sentiasa memimpin kaum lain atas dasar hormat-menghormati.

No reviews found