Buku usaha mencorakkan masa depan anak-anak yang berteraskan al-Quran. Pembelajaran dan pendidikan berteraskan al-Quran yang bermula sejak kecil mampu menjamin akidah anak-anak daripada goyah, terseleweng atau terpedaya dengan pelbagai diayah masa kini. Selain itu, didikan supaya mencintai al-Quran sejak kecil juga mampu menghindar anak-anak daripada tergelincir dari landasan Islam yang sewajarnya.
Pihak Telaga Biru Sdn. Bhd. mengharapkan agar buku ini membawa seribu satu manfaat kepada pembaca. Hal ini kerana dengan lahirnya generasi pencinta al-Quran, maka akan lahirlah umat yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dalam semua aspek kehidupan. Buku ini perlu dimiliki kerana:
Memaparkan kaedah dan pendekatan untuk mendidik anak mencintai al-Quran.
Memberi motivasi dan keyakinan kepada pembaca dalam mendidik anak pencinta al-Quran.
Padat dengan nasihat dan kata-kata hikmah yang bakal menyuntik semangat pembaca untuk melahirkan anak yang mencintai al-Quran
No reviews found