Judul asal: Long Walk to Freedom
Penulis: Nelson Mandela
Penerbit asal: Little, Brown and Company
Penterjemah: Alina Abdullah
Mandela yang pendiam mendedahkan banyak hal dalam buku ini. Banyak isi buku ini sebenarnya ditulis secara rahsia oleh Mandela ketika dia dipenjarakan selama 27 tahun di Robben Island oleh rejim apartheid Afrika Selatan. Antara yang didedahkan ialah tentang pahit maung perjuangan yang mengorbankan perkahwinannya dan memaksa dia berjauhan dengan keluarga.
Buku ini menceritakan kisah hidup Mandela dari zaman awalnya sebagai seorang pelajar miskin yang kemudian menjadi kerani firma guaman di Johannesburg dan penglibatan awalnya dalam politik. Ia juga merakam pahit-getir politik dekad Afrika Selatan 1950-an yang memaksanya menjadi pemimpin gerakan bawah tanah seterusnya Perbicaraan Rivonia tahun 1964 yang berakhir dengan hukuman penjara seumur hidup ke atasnya.
Dalam buku ini, kita berpeluang menatap kehidupan seorang tokoh yang semangatnya gagal dipatahkan meski ditimpakan ujian paling getir.
No reviews found