Pengarang: Haeme Hashim
ISBN: 978-967-15972-3-1
Jenis: Bukan Fiksyen
Sinopsis:
Buku bukan-fiksyen, hibrid antara travelog, kritikan sosial, sejarah dan politik dunia. Buku ini adalah hasil daripada pemerhatian sang penulis sepanjang pengalamannya di negara-negara Barat dan negara-negara di Timur.
Pengalaman dan pemerhatiannya dibanding-bezakan antara kehidupan di Barat dan Timur. Cuba merungkai dan membetulkan stigma masyarakat Timur, terutamanya rakyat Malaysia, bahawa Barat itu tidak sentiasa karat. Kadangkala Barat itu lebih berkat. Lebih diberkati daripada rakyat di Timur yang sentiasa melihat Barat sebagai jahat.
Buku ini bakal meluaskan horizon pemikiran pembaca dengan pelbagai salah faham mengenai Barat melalui kaca mata penulis.
No reviews found