===========================
Format: Paperback
Saiz: 6’ x 8.75’
ISBN-13: 978-967-11969-3-9
Jumlah Muka Surat: 216
Berat (Kg): 0.28
===========================
SINOPSIS
Pada penghujung dekad 1960-an dan awal 1970-an, mahasiswa di Malaysia menjadi satu kelompok manusia yang mendapat perhatian yang istimewa daripada masyarakat. Istilah mahasiswa sebagai kumpulan pendesak (pressure group), jurubicara ummah, pembela golongan marhaen dan tertindas, pemacu perubahan, pemimpin masa depan serta pelbagai lagi gelaran yang muluk-muluk meletakkan mahasiswa sebagai suatu entiti penting dalam masyarakat.
Tetapi selepas Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) diwujudkan pada tahun 1971 dan kemudiannya diperketatkan pada tahun 1975, gerakan mahasiswa secara beransur-ansur menjadi seakan-akan kelompok yang lesu, tidak kreatif, dan tidak lagi rancak untuk berpartisipasi dalam pergolakan dan pergulatan masyarakat yang menuntut mereka untuk turut serta terlibat. Melainkan dalam beberapa peristiwa tertentu, kewujudan mahasiswa kurang dirasai oleh masyarakat sehinggalah akhi-akhir ini suara mahasiswa mulai kembali didengari.
Entah di mana silapnya. Walaupun AUKU telah dipinda pada tahun 2009 dan 2012 manakala sekatan-sekatan mahasiswa untuk terlibat aktif dalam politik telah dibuang, kelesuan gerakan mahasiswa pada hari ini tidak banyak berubah. Kewujudan mahasiswa dalam masyarakat masih belum dilihat signifikan dalam memperjuangkan sesuatu isu masyarakat. Walau bagaimana pun, kita tidak boleh menafikan bahawa mutakhir ini wujud beberapa aksi mahasiswa yang memberikan harapan bahawa gerakan mahasiswa masih belum mati. Tindakan spontan Adam Adli, seorang mahasiswa UPSI yang menurunkan bendera wajah Presiden UMNO di Ibu Pejabat UMNO berhampiran PWTC serta keberanian mahasiswa UM yang dipimpin oleh Fahmi Zainol mengadakan rapat umum politik berkenaan isu Anwar Ibrahim mula menarik perhatian masyarakat.
Namun persoalannya, benarkah gerakan mahasiswa kini benar-benar bangkit? Atau ia hanya riak-riak kecil semata-mata? Buku ini diluncurkan ke tangan anda untuk membuat penilaian awal kepada kebangkitan mahasiswa yang pasti berlaku.
No reviews found