Penulis buku ini ialah Dr. Aidh Al-Qarni seorang sarjana dalam bidang hadith samping seorang hafiz. Dilahirkan di daerah selatan Arab Saudi pada tahun 1379 H. Beliau pernah dipenjarakan atas tuduhan tertentu oleh pihak pemerintah. Dari kamar penjara inilah beliau menghasilkan sebahagian daripada manuskrip buku yang begitu terkenal dan mendapat sambutan yang luar biasa di seluruh dunia. Sehingga kini dianggarkan buku tersebut (La Tahzan) telah dicetak melibihi 1.5 juta naskhah dalam pelbagai bahasa.
Buku ini berbeza daripada buku yang lain kerana ia menawarkan penyelesaian kepada setiap permasalahan yang dihadapi oleh manusia dalam melayari kehidupan yang penuh pancaroba ini. Gaya bahasa dan cara penyusunannya membuatkan kita dapat menyusuri lembaran demi lembaran dengan senang dan bersahaja sehingga menimbulkan satu kepuasan kepadan pembacaan kita serta menemukan penyelesaian bagi setiap kemelut dan masalah yang dihadapi
No reviews found