Masuk Ke Dalam Awan menyajikan karya penyair terkenal Siti Zaleha M. Hashim yang jauh lebih matang dalam memperlihatkan perjalanan jiwanya yang telah menempuh pelbagai rona kehidupan. Penyair berjaya merungkai pemerhatiannya dengan lebih luas, menyelinap rasa dengan lebih akrab kepada Penciptanya sehingga lahir puisi yang mengetengahkan kasih sayang sesama insan terhadap Allah SWT. Turut disentuh ialah persoalan kemasyarakatan, agama dan kerohanian, nasihat dan panduan hidup, kesenian dan kebahasaan, cinta dan kasih sayang, sanjungan tokoh, kemanusiaan, kenegaraan, kemusnahan alam dan kepincangan yang berlaku di mana-mana.
No reviews found