"Bukan sahaja ia memukau melalui tajuk, cerpen ini juga kuat dari aspek penceritaan yang diolah pengarang. Abang Median menambah, “Bahasa dengan nada satiranya diolah dengan simbol kepala lembu daripada sketsa Leonardo Da Vinci. Perbezaan persepsi menjadi ideologi utama cerpen ini yang memaparkan perbezaan penafsiran sketsa lukisan Leonardo da Vinci itu. Imej lembu pula membawa konotasi tersendiri, dan keseiringannya dengan permasalahan politik, jelas ia memberi kesan yang luar biasa.”
“Cerpen ini sendiri akan menghasilkan perbezaan persepsi yang tersendiri dalam kalangan pembacanya. Bahasa yang digunakan adalah baik, gubahan frasa dan pemilihan diksi yang selari dengan subjek, kemas susunannya, naratifnya tersusun dan jelas tonggak kekuatan cerpen ini ialah penggunaan kiasan yang mempersonifikasikan abstrak kebodohan, pertelingkahan dan unsur misteri dalam cerpen ini,” jelas beliau." - Jendela DBP.
No reviews found