Kuasai IQ Wang Orang Kaya (Edisi Kemaskini Berwarna) #(L54)

Write a review
RM39.90
Ask a question
9789671505311
Out of stock

Ramai orang begitu teruja menginginkan kehidupan yang luar biasa apabila melihat secara fizikal kekayaan dan kesenangan hidup yang dimiliki orang lain yang membuatkan hati kita berdetik dan berdebar-debar mencari formula yang memungkinkan kita pun boleh menjadi kaya seperti mereka. Malangnya, kerana kita tidak punya banyak ilmu maka kaya yang cuba kita capai adalah kaya yang cuba disegerakan, seperti terlibat dalam skim cepat kaya.

 

Buku ini banyak memberi panduan-panduan praktikal persediaan awal sebelum mengorak melangkah untuk menjadikan anda seorang yang benar-benar dapat mengubah cara hidup agar dapat mengelak daripada melalui pengalaman yang pahit dan terhindar dart kehidupan yang penuh dengan pancaroba dan tipu helah. Buku ini menyediakan platform matematikal untuk anda mudah faham dan menjadi seorang yang bijak apabila berbicara soal wang. Ikuti langkah-langkah yang digariskan dan praktikkan apa-apa yang dipelajari dari buku ini nanti.


Apa yang anda bakal perolehi daripada buku ini?

• Bagaimana orang kaya mengajar anaknya mengenai wang yang tidak diajar di sekolah.

• Memahami bagaimana orang kaya menjana pendapatan tanpa perlu bekerja lagi.

• Memahami 3 golongan manusia yang membentuk kasta ekonomi kewangan.

• Membuka minda anda untuk memilih berkerjaya makan gaji, berniaga, menjadi pelabur yang menjana pendapatan tanpa had atau ketiga-tiga sekali.

• Pelajari amalan-amalan yang boleh menjadikan rezeki melimpah ruah.

• Mengira kira nilai bersih kekayaan anda - wang dan harta.

• Merangka pelan kewangan, pelaburan dan perniagaan.

• Periksa diri jika anda berada di atas landasan yang betul.

• Menilai prinsip asas anda tentang bijak urus wang.

• Memahami konsep aliran tunai, aset dan liabiliti.

• Memahami konsep pendapatan pasif dan aktif.

• Memahami konsep pelabur pasif dan aktif.

• Membongkari rahsia bagaimana orang kaya menjadi kaya-raya. 


Wan Roslan Wan Salleh pernah berkhidmat sebagai pekerja kerajaan dan sekarang merupakan pesara. Kini, beliau bersama isterinya merupakan seorang pengusaha Taska dan Tadika dari 1992. Beliau terlibat sepenuh masa dalam bidang hartanah apabila bersara pilihan dalam perkhidmatan TNB dalam tahun 2003. Kini, beliau merupakan seorang mentor, pelabur hartanah, penceramah bebas di dalam memblna pengetahuan dalam bidang pengurusan kewangan, IQ WANG.


No reviews found