KOTAK OLEH RUHAINI MATDARIN [UTUSAN]

Write a review
RM19.50
Ask a question
Price in points: 20 points
9789676126849
In stock
+

Sukar mencari satu hari untuk kami tidak berbicara tentang kotak. Seluruh hidup kami, sama ada di rumah, kedai kopi, sekolah, padang bola, dalam bas henti-henti, bengkel kereta, pusat kitar semula, masjid, bahkan di dalam tandas pun kami berbicara tentang kotak.

Jika ayah tidak turun bekerja, dia menyusun kotak di bangsal. Jika dia tidak menyusun kotak, dia bercakap tentang kotak. Jika dia tidak bercakap tentang kotak, dia berada dekat dengan kotak kerana seluruh ruang hidup kami dikelilingi kotak.

Kotak itu sendiri merupakan lambang yang menembusi serata penjuru makna ke lorong-lorong hidup kami - ke mata fikir, ke mata hati dan mata yang melihat.

Lantas, bagaimana kami dapat mengelak kotak meskipun cuma sehari?

No reviews found