Mari terokai dunia bahan semula jadi dan bahan buatan yang mengasyikkan. Kenali lebih banyak bahan seperti bahan-bahan mesra alam, sintetik, logam dan batu yang mempunyai pelbagai aplikasi harian dan keistimewaan. Antara topik menarik dalam buku ini adalah: - Apakah itu kaolin dan mengapa kaolin mampu bertahan pada suhu yang sangat tinggi? - Benarkah kulit udang mampu menghasilkan cawan plastik bioplastik mesra alam? - Wujudkah plastik yang boleh dicairkan semula dan diguna semula berkali-kali? - Mengapa barang kemas platinum lebih berharga berbanding barang kemas emas? - Arang buluh bukan sahaja boleh menghilangkan bau busuk kaki tetapi juga boleh dimakan! - Bagaimana kuib ais batu sabun boleh menyejukkan air tanpa menjadi cair? Siri Komik Sains Informatif mengandungi informasi dunia sains yang pelbagai dan menarik seperti haiwan terancam, lebih banyak keajaiban alam semula jadi, lebih banyak tumbuhan dan kulat, dan penerokaan dan reka cipta.
No reviews found