Tajuk: Seni Berfikir Yang Hilang
ISBN: 9789832423881
Penerbit: Iman Publication
Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 260
Halaman: Hitam Putih
Format: SoftCover
Berat (kg):0.78
Dimensi (cm): 21cm x 14.8cm x 1.3cm
Kalaulah boleh diabaikan saja isu-isu yang menyerabutkan kita pada hari ini, pasti hidup akan jadi lebih mudah.
Malang sekali, ia mustahil!
Isu-isu ini akan tetap wujud dan berlegar di sekeliling kita. Tanpa prinsip yang jelas, kita akan mudah dipengaruhi oleh pandangan orang lain.
Mungkin telah sampai masa untuk kita berpatah balik selangkah ke belakang dalam melihat semua isu ini. Mengapakah ia mencetuskan pelbagai konflik?
Melalui buku Seni Berfikir Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengupas enam cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai. Ilmu yang membentuk cara fikir kita, sekali gus membantu kita menghadapi isu-isu sekitar kehidupan dengan lebih matang.
SENI BERFIKIR YANG HILANG
“Baik, kamu kenal si comel di skrin itu?” Saya bertanya.
Murid-murid baharu di sekolah kami ketawa.
Di skrin, saya paparkan imej kartun seekor khinzir. Gayanya seperti watak di dalam kartun Peppa Pig. Soalan saya kepada mereka ia, apabila mereka lihat seekor khinzir, apakah yang terlintas di fikiran mereka. Ia adalah strategi metakognitif saya pada mengaktifkan pengetahuan sedia ada murid-murid, sebelum memperkenalkan ilmu baharu. Ia adalah sesi saya bersama pelajar baharu Tingkatan 1 di Khalifah Model School (Secondary) tahun 2016.
Macam-macam yang mereka tulis.
Haram.
Najis Mughallazah.
Gelatin.
Semakin banyak perkataan disenaraikan, semakin jelas kepada para pelajar bahawa perihal seekor khinzir pun, ia bukan lagi sekadar isu agama, tetapi mencakupi macam-macam cabang ilmu. Ertinya, untuk efektif dalam kehidupan, ilmu yang dikuasai perlu pelbagai, dan berintegrasi. Tidak boleh hasil persekolahan nanti, orang sains jadi orang sains, orang sastera jadi orang sastera, orang agama jadi orang agama.
Sebab itu nama sekolah pun sekolah Khalifah.
Khalifah adalah dimensi seorang Muslim yang kerap terabai.
Dimensi yang merangkumkan maksud peranan dirinya di atas muka bumi, selain sebagai hamba kepada Allah, adalah sebagai manusia yang perlu memainkan peranan ke atas diri sendiri, insan sekeliling, dan alam yang diamanahkan Allah.
Di situlah saya perkenalkan kepada murid-murid sekolah kami sebuah kitab kecil karangan ilmuan tersohor umat Islam masa kini iaitu kitab Tsaqafah al-Da’iyah karangan al-Allamah al-Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, hafizahullah. Memperkenalkannya kepada pelajar, bukanlah secara tradisional kalam ke kalam. Malah naskhah bahasa Malaysia juga tidak saya temui ketika itu, dan naskhah berbahasa Arab pula hanya dalam format Pdf yang ditemui di internet. Sebaliknya, saya gunakan pendekatan constructivism yang cuba membimbing pelajar membina pengetahuan mereka sendiri berdasarkan kes-kes yang diberi.
Di hujung bengkel, pelajar perlu bekerja did alam kumpulan masing-masing untuk membina bandar idaman mereka. Aspek yang perlu ditonjolkan ialah siapakah yang hendak membina atau menyediakan kemudahan tertentu di bandar itu dan apa ilmu yang diperlukan. Selain memberi dimensi ‘begin with the end in mind’ untuk murid-murid ini meneroka pengalaman persekolahan mereka nanti, saya juga mahu memupuk nilai yang tinggi pada apa sahaja pekerjaan yang dilakukan. Jadi jurutera, jadi pemandu bas, jadi pembina landskap taman, jadi tukang gunting rambut, apa sahaja yang dilakukan untuk kebaikan dan manfaat bersama, adalah di dalam kerangka mereka sebagai Khalifah Allah.
Saya telah mewacanakan buku Tsaqafah al-Da’iyah ini di dalam konteks serta hadirin yang berbeza. Ia dibincangkan di dalam kuliah Maghrib di surau, di dalam seminar, juga di sekolah-sekolah. Tujuan buku ini saya ketengahkan, adalah untuk mengarusperdanakan ia di dalam masyarakat umat Islam kontemporari di Malaysia. Buku ini mengandungi kerangka yang berkhasiat untuk merawat kejuzukan’ minda umat Islam akibat sistem pendidikan yang mengkelas-kelaskan murid mengikut aliran sejak sekian lama. Implikasinya, kita gagal menghormati batas keupayaan diri sendiri, lalu membabitkan diri dengan perkara-perkara yang kita tiada ilmu mengenainya. Tanpa ilmu, kita menjadi seperti tikus membaiki labu. Nampak sibuk dan seperti bekerja, tetapi labu hancur tanpa hasil di hujungnya.
Sheikh Yusuf al-Qaradhawi mengekori tradisi ilmuan-ilmuan islah di zaman sebelumnya. Apabila ulama kita mahu mengislah masyarakat, biar jalan apa pun yang dipilih, mereka tidak akan lari daripada membicarakan tentang asas-asas ilmu, kerana asas ilmu Islam itulah letaknya titik Tauhid yang mencantumkan kembali ‘agama’ dan ‘sains’ di dalam kerangka Syariatullah dan Sunnatullah. Semua yang kita tahu, perlu kembali kepada sumber asalnya sama ada hasil menaakul alam atau tadabbur wahyu, kedua-duanya adalah mesej Rabbani daripada Ilahi yang Ahad, Allah Azza wa Jalla.
Semoga kupasan serba sederhana di dalam naskhah SENI BERFIKIR YANG HILANG ini, menjadi langkah pemula kepada usaha mengarusperdanakan karya penting Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ini. Ia adalah kombinasi transkrip editorial kepada siri kuliah dan seminar saya, bersama coretan-coretan di blog yang penuh kekurangan dan terbuka kepada teguran, pembetulan dan penambah baikan. Jika saya mengejar kesempurnaan, maka lambat lagilah naskhah itu boleh saya kemukakan untuk manfaat pembaca. Justeru saya menjemput sahabat semua membaca dan mengerjakan naskhah ini bukan untuk belajar sesuatu daripada saya, tetapi untuk belajar sesuatu bersama saya.
Rahmati dan bimbinglah usaha kecil kami ini ya Allah.
Hasrizal Bin Abdul Jamil
Oulu Finland
27 Disember 2019 | 1 Jumada al-Oula 1441H
USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berasal daripada Ipoh,Perak. Lahir pada tahun 1975, beliau pernah menuntut ilmu di Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh pada tahun 1988 sehingga 1992. Beliau seorang graduan Sarjana Muda Syariah (Kepujian) di Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 2001.
Pernah berkhidmat sebagai Minister of Religion di Belfast Islam Centre di bawah tajaan The Al-Maktoom Foundation, UAE di samping bertugas sebagai Muslim Chaplain di The Queen’s University, Ireland Utara.
Kini, beliau bermastautin di Oulu di Findland Utara dalam rangka menyempurnakan pengajian peringkat Sarjananya di University of Oulu dalam bidang Culture and Arts in Education Entrepreneurship di Oulu University of Applied Sciences (OAMK), Finland.
Beliau berkhidmat sejak tahun 2014 sebagai Pengarah Pendidikan di Yayasan Pendidikan Khalifah yang menguruskan Khalifah Model School (Rendah) dan Khalifah Model School (Menengah).
Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berperanan menambah baik kurikulum dan sistem Pendidikan Negara. 13 orang pakar pelbagai bidang yang menganggotainya telah dilantik sendiri oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu, Dr Maszlee Malik.
REVIEW
Buku ini mengajak kita untuk kembali menyemak kepentingan ilmu-ilmu lain selain ilmu Agama untuk menjayakan sebuah dakwah.
Dakwah adalah kewajipan setiap Muslim untuk disampaikan kepada sasaran dakwah. Oleh kerana sasaran dakwah itu adalah manusia itu sendiri, maka seorang pendakwah tidak boleh berpada dengan ilmu Agama semata-mata tanpa disokong oleh ilmu-ilmu lain seperti ilmu psikologi, sosiologi, sejarah, sains, bahasa dan sebagainya.
Membaca buku ini seolah-olah menjawab beberapa persoalan yang bersarang di fikiran mengenai kegagalan sesbuah dakwah, ia bukan disebabkan kekurangan sumber Agama kita tetapi disebabkan kekurangan ilmu seni berdakwah seorang pendakwah yang meminggirkan beberapa ilmu lain yang penting untuk menyokong usaha dakwah tersebut.
Sumber: www.broarmz.com
Tajuk: Erti Beragama Yang Hilang
ISBN:9789672459071
Penerbit: Iman Publication
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 315
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.426
Dimensi (cm): 14.8cm x 21cm x 1.7cm
Jika beragama itu baik, mengapa ada orang beragama yang berperangai sebaliknya?
Ada yang melazimi ibadah, tetapi suka menzalimi dan menindas orang lain.
Ada yang rajin membaca al-Quran, tetapi menerima rasuah dan saling bermusuh apabila tidak sefahaman.
***
Tidak dapat dinafikan, kehidupan dan tingkah laku seseorang banyak didorong oleh kefahamannya terhadap agama. Jika benar kefahaman tersebut, maka akan benarlah juga kehidupan dan tingkah lakunya.
Andai kita memperbaiki cara kita memahami agama, kita ibarat memperelok kehidupan kita secara seluruhnya.
Melalui buku Erti Beragama Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil menjelaskan sudut-sudut agama yang sering dilupakan dan disalahfahami.
Antaranya perkaitan akidah dan ibadah dengan kehidupan, acuan akhlak, juga isu perhubungan sesama manusia, agar kita dapat melalui kehidupan di dunia dengan baik sekali gus mengecapi kenikmatan hidup yang abadi di akhirat kelak.
No reviews found