Tajuk : KOMBO: Panduan Lengkap Solat
ISBN : kombo-panduan-lengkap-solat
Berat : 2.50 kg
KOMBO: Panduan Lengkap Solat merangkumi lima buah buku iaitu:
1. Fahami Bacaan Dalam Solatmu: Edisi Kemas Kini
2. Bimbingan Lengkap Solat Sunat: Edisi Kemas Kini
3. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat: Edisi Kemas Kini
4. Jangan Biarkan Solat Anda Sia-Sia! (400 Kesalahan Dalam Solat)
5. Soal Jawab Fiqh Ibadah: Bab Solat, Solat Musafir, Jenazah, Zakat & Puasa
- Fahami Bacaan Dalam Solatmu: Edisi Kemas Kini
Tujuan buku ini adalah untuk membantu sesiapa sahaja bagi memahami pengertian asas bacaan dalam solat.
Buku ini mengandungi terjemahan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu secara per-kata, secara frasa dan secara keseluruhan sesuatu surah atau doa yang dibaca.
Oleh itu, diharapkan ini dapat membantu kita semua untuk:
a) memahami serta menghayati apa yang dibaca
b) menunaikan solat dengan lebih bermakna dan khusyuk
c) belajar bahasa Arab berasaskan perkataan, ayat, surah dan doa dalam solat
Ini menjadi asas permulaan untuk belajar bahasa Arab dan memahami kandungan Al-Quran seterusnya.
Imam Al-Ghazali memetik ayat Allah yang bermaksud: “Dirikan solat untuk mengingati-Ku” (surah Ta Ha, ayat 14) serta hadith-hadith Rasulullah bagi menunjuk dan menghuraikan betapa perlunya ‘menghadirkan hati’ dan khusyuk semasa solat.
Untuk ini adalah penting pengamal solat memahami dan menghayati apa yang dibaca
dalam solat.
- Bimbingan Lengkap Solat Sunat: Edisi Kemas Kini
Buku Bimbingan Lengkap Solat Sunat disusun menggunakan segala teknologi dan kemajuan dunia penerbitan yang ada. Buku ini tampil berbeza kerana ia menggabungkan ilmu fiqh, reka bentuk, dan fotografi yang sesuai demi menjadikan ia sebuah buku yang mesra pembaca serta mampu membimbing pembaca memahami dan mengamalkan kandungannya.
BAHAGIAN 1: PENGENALAN
BAHAGIAN 2: SOLAT-SOLAT SUNAT YANG LEBIH UTAMA DILAKUKAN SENDIRIAN
BAHAGIAN 3: SOLAT-SOLAT SUNAT YANG LEBIH UTAMA DILAKUKAN BERJEMAAH
- BAB 1: Solat Sunat Rawatib
- BAB 2: Solat Sunat Witir
- BAB 3: Solat Sunat Dhuha
- BAB 4: Solat Sunat Isyraq
- BAB 5: Solat Sunat Zawal
- BAB 6: Solat Sunat Ghaflah
- BAB 7: Solat Sunat Tahiyatul Masjid
- BAB 8: Solat Sunat Selepas Azan
- BAB 9: Solat Sunat Wuduk
- BAB 10: Solat Sunat Malam Pertama
- BAB 11: Solat Sunat Selepas Hafaz Al-Quran
- BAB 12: Solat Sunat Masuk & Keluar Rumah
- BAB 13: Solat Sunat Hajat
- BAB 14: Solat Sunat Istikharah
- BAB 15: Solat Sunat Taubat
- BAB 16: Solat Sunat Ihram
- BAB 17: Solat Sunat Musafir
- BAB 1: Solat Sunat Hari Raya
- BAB 2: Solat Sunat Gerhana
- BAB 3: Solat Sunat Minta Hujan
- BAB 4: Solat Sunat Tarawih
- BAB 5: Solat Sunat Malam
- Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat: Edisi Kemas Kini
MUKADIMAH SOLAT SEMPURNA
Solat adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya.
Solat untuk Semua
Ibadah zakat memerlukan material berupa harta kekayaan yang mencukupi jumlahnya dan sebahagiannya perlu cukup kiraan setahun tempoh pemilikannya. Beruntung mereka yang dikurniakan limpahan harta kekayaan hingga berpeluang mengerjakan ibadah yang mulia ini. Namun bagaimana pula mereka yang tidak berharta atau tidak mampu mengeluarkan zakat? Pasti timbul rasa terkilan bagi mereka yang berpendapatan rendah atas kegagalan melaksanakan tuntutan Allah ini. Namun, berbeza dengan solat, ia diwajibkan ke atas siapa sahaja yang mencapai usia matang tanpa mengira status kehidupan mahu pun kekayaan. Kelayakan minima solat ini membolehkan ibadah ini dilakukan oleh semua orang Islam.Solat, Pelerai Status Sosial amat mengharukan apabila melihat jemaah di dalam masjid yang menunaikan solat bersama tanpa mengira pangkat dan darjat. Seorang kaya yang berjubah mahal bersolat di samping seorang tukang kasut berbaju lusuh. Seorang menteri berpangkat tinggi sujud di sebelah seorang penganggur entah dari mana. Walau berbeza darjat dan kasta, namun mereka menyembah Tuhan yang sama, bersujud kepada seorang Pencipta yang satu. Menakjubkan, bagaimana ibadah solat ini merungkai segala ikatan egonisme dan melerai tembok materialis yang memisahkan seorang manusia dengan manusia yang lain. Namun dalam solat, mereka hanya hamba-hamba Allah yang bersujud kepada-Nya. Membezakan kedudukan mereka, hanya ketakwaan.
- Jangan Biarkan Solat Anda Sia-Sia! (400 Kesalahan Dalam Solat)
Solat merupakan ibadah pertama yang dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak. Solat fardu lima waktu adalah salah satu rukun islam yang lima. Ini merupakan satu asas kepada Islam yang paling utama. Sekiranya nilai atas kualiti solat kita tidak mencapai tahap sepatutnya, ia mungkin akan jadi sia-sia sahaja. Oleh itu di dalam kehidupan kita setiap apa yang kita lakukan mempunyai tahap kualiti dan nilainya, barulah ia memberikan kesan atau impak yang lebih baik.
Jadi bagaimana caranya untuk menjaga kualiti solat kita? Buku ini adalah jawapannya.
Selain daripada menambahkan ilmu pengetahuan melalui pengajian atau kelas fardu ‘ain, membaca juga merupakan cara menambahkan ilmu. Di dalam buku ini dihuraikan tentang 400 kesalahan yang berlaku di dalam menunaikan solat. Kadang-kadang kita merasakan solat kita sudah betul dan sempurna namun tanpa kita sedari terdapat kesalahan yang kita lakukan itu adalah besar atau fatal yang terus menghapuskan pahala dosa yang kita lakukan. Inilah yang perlu kita hidarkan. Semoga apa yang kita amalkan mendapat ganjaran yang setimpanya bukan hanya sia-sia atau mendapat dosa.
Dengan kehadiran buku ini, kita mampu menilai semula solat kita. Sekiranya terdapat kesalahan yang sering kita lakukan tanpa kita ketahui sebelum ini, boleh kita perbaiki dan tingkatkan kesempurnaannya. Buku ini amat bernilai untuk semua umat Islam dalam mencapai prestasi solat yang lebih berkualiti dan mendapat ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT.
Ini adalah bacaan Wajib bagi mereka yang inginkan solat yang sempurna. Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
- Soal Jawab Fiqh Ibadah: Bab Solat, Solat Musafir, Jenazah, Zakat & Puasa
No reviews found