Tajuk : KOMBO: Diari Covid-19
ISBN : kombo-diari-covid19
Berat : 1.98 kg
KOMBO: Diari Covid-19 merangkumi tujuh buah buku iaitu:
1. Diari Covid-19
2. COVID 25: Kapsul Kehidupan & Makhluk Mistik
3. Malaysia Mesti Menang! Covid-19 Kita Semua Hero
4. 26 Kes: Kisah Yang Tak Boleh Dilupakan
5. Vaksin
6. Kau Vaksin Anak Kau?! Habislah
7. Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan Edisi Khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) & COVID-19 (Bahagia 1)
- Diari Covid 19
Orang kata, hanya yang menang akan menulis sejarah.
Tetapi, jika kita boleh tuliskannya lebih dahulu,
mengapa tidak?
*
COVID-19 mengubah seluruh kehidupan kita.
Seluruh negara, bahkan dunia, dipaksa berkurung. Petugas barisan hadapanlah yang memasakkan kaki demi menewaskannya. Bukan hanya petugas kesihatan sahaja.
Ramai lagi di sebalik tabir menggadai nyawa, masa, wang dan tenaga untuk memastikan kita selamat.
Inilah himpunan kisah mereka sepanjang tempoh kritikal itu. Doktor jadi tukang jahit. Evakuasi kecemasan di Nepal. Ditahan polis sebab khinzir. Masalah nak kahwin. Pelbagai cerita dan rasa untuk kita kenang dan renung kembali.
Bukankah kita perlu pandang ke belakang, untuk terus maju ke hadapan?
- COVID 25: Kapsul Kehidupan & Makhluk Mistik
NOVEL COVID-25 OLEH DATUK DR MOHD DAUD BAKAR
“Saya nak awak tinjau dia orang serapat mungkin. Dia orang gerak, awak gerak. Dia orang berhenti, awak berhenti. Awak mesti jadi macam bayang-bayang dia orang. Tapi bayang-bayang yang tak kelihatan,” Faruk memberi metafora tinjauan yang diinginkan.
“Perlukah kita cari dan buru dia orang?”
“Tak perlu. Mulai sekarang, dia orang akan cari dan buru kami”
“Ini bukan lagi pertempuran kita. Dia orang terlalu kuat, bersemangat dan kebal!” jerit Faruk.
“Besok pasti ada….tapi besok yang macam mana.”
“There is always tomorrow…..but what kind of tomorrow”
[Datuk Dr. Mohd Daud Bakar]
- Malaysia Mesti Menang! Covid-19 Kita Semua Hero
Pernahkah anda terfikir bahawa virus yang sebegitu kecil boleh menjadi pandemik dahsyat yang menakluki dunia? Covid-19 telah mengubah kehidupan kita!
Saya, anda, dia… Kita semua boleh menjadi mangsa. Yang lebih menakutkan, kanak-kanak ialah salah satu golongan yang berisiko tinggi!
JANGAN PANIK!
Please stay at home!
Meskipun wabak Covid-19 amat membimbangkan semua pihak terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan bersekolah, namun tidak bermakna kita harus hidup dalam keadaan penuh kerisauan dan ketakutan. Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan serta maklumat yang mencukupi, kita dapat mengamalkan langkah-langkah mencegah dan memutuskan rantaian Covid-19 daripada terus menular.
JANGAN PANIK!
Please stay at home!
- 26 Kes: Kisah Yang Tak Boleh Dilupakan
Hospital adalah sebuah gelanggang yang aneh. Ia menyaksikan kehidupan bermula dengan sangat mempersona. Sering juga merakam kematian – dalam rupa yang pedih dan menggamamkan.
Semestinya sebagai petugas yang bertelingkah di dalam gelanggang aneh ini – terlalu banyak warna yang terpalit pada tubuh pengalaman. Sedih, sunyi, terasing, tersepit, simpati, inspirasi, debar, curiga. Ia cuma sebahagian kecil adjektif yang mencomotkan uniform kerja yang penuh cemar.
26 Kes daripada 26 Penulis.
Tidak mudah melunturkan semua warna pengalaman yang pekat dan rencam ini. Ia warna kehidupan. Ia warna pergulatan. Ia juga warna kematian. Tidak ada hitam atau putih.
Naskhah ini adalah sebahagian daripada warna yang paling membekas, ingatan paling sukar dilupakan sebagai petugas kesihatan.
- Vaksin
Zaman ini, topik vaksin akan sentiasa menimbulkan pertentangan. Ada banyak dakwaan-dakwaan yang timbul. Melalui buku ini, penulis yang pernah terlibat secara langsung dengan pembuatan ubat-ubatan dan vaksin, menjelaskan hakikat sebenarnya.
- Kau Vaksin Anak Kau?! Habislah
Vaksin oh vaksin. Nak vaksin atau tak?
"Buku ini akan merungkai mitos-mitos terkini berkaitan vaksinasi dengan fakta sahih bersulam penjelasan yang mesra masyarakat umum. Ia padat dengan contoh dan analogi bagi memudahkan salah faham berkaitan vaksinasi dirungkaikan." (S.S. Dato' Seri Dr. Hj. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri - Mufti Wilayah Persekutuan)
"Sejarah penolakan vaksin telah bermula sejak Edward Jenner menemui vaksin mencegah cacar (smallpox) pada tahun 1796. Mereka mendakwa cacar tidak bahaya, walhal pada kurun ke-20, 300 000 000 (300 juta) manusia telah mati akibat penyakit cacar." (Dato' Dr. Musa Mohd Nordin - Pengerusi, Badan Penasihat Federation of Islamic Medical Associations (FIMA)).
"Buku ini mengandungi banyak maklumat penting dan sahih berkenaan vaksinasi. Ia perlu dibaca oleh ibu bapa yang masih ragu dengan vaksin. Penulis-penulisnya adalah pakar dan ahli profesional yang bertauliah, serta memberi nasihat yang bernas berkenaan vaksinasi. (Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail - Pengerusi, Program Immunise4Life, Setiausaha Agung Persatuan Pediatrik Asia Pasifik)
- Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan Edisi Khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) & COVID-19 (Bahagia 1)
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 18 Mac 2020, diikuti PKPB (Bersyarat), PKPD (Diperketat) di beberapa tempat berisiko tinggi kini PKPP (Pemulihan) sehingga 31 Mac 2021.
Mungkin ini peringatan dari-Nya kepada manusia untuk mendakap kehidupan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab. Sekelip mata, Tuhan seakan menarik nikmat yang diberi kepada manusia yang selama ini alpa akan kebesaran-Nya. Masyarakat mula mengerti bahawa tidak semua bala yang didatangkan Tuhan itu adalah sengsara semata-mata tapi terselit hadiah, anugerah dan hikmah-Nya yang harus disyukuri dan membahagiakan. Percayalah ada rahsia yang Dia sembunyikan untuk kita singkap dan mencarinya.
Naskhah ini menyelami sisi-sisi bahagia di sebalik kesedihan, kepedihan, kesengsaraan, kemuraman dan kebimbangan terhadap Covid-19 dari perspektif berbeza. Kita raikan pandangan mereka tentang wabak pandemik global ini yang bakal menjadi rujukan dan dokumentasi sejarah dunia untuk kita tinggalkan sebagai satu khazanah.
No reviews found