Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama
Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul 'kredit' yang cukup sebagai bukti bahawa mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa.
Artis terkenal itu ada segalanya - wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau Asia.
Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada 'artis terkenal' yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu.
Hidupnya berubah dari saat itu.
Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams. Kim Jonghyun. Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.
"Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth," bisik hati aku.
Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini.
Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua
Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang daripada radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara.
Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.
Siapa Teme Abdullah?
2019, hasil sokongan oleh para pembaca ke atas karya-karya Teme Abdullah, penulis telah berpeluang menghadap untuk mempersembahkan hasi karyanya kepada Ketua Negara Malaysia KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan permaisuri baginda KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar.
2020. Karya yang berbentuk lukisan potret baginda berdua oleh Teme Abdullah pula telah dijadikan hiasan di istana. Lukisan yang sama itu juga digunakan untuk barang-barang rasmi istana negara termasuklah pelekat kenderaan Istana Negara, dan kotak kurma derma kurnia Istana Negara.
Segala perkara baik yang dilalui ini ialah hasil doa berterusan ibu bapa, keluarga, pembaca, penyokong, dan kawan-kawan yang tidak putus-putus sehingga ke hari ini.
Teme hanya seorang pengkarya biasa yang hanya bernasib baik untuk dianugerahkan oleh Allah pembaca yang betul-betul menghidupkan karyanya. Alhamdulillah.
No reviews found