KOMBO: Budak Takraw

Write a review
RM25.80
Ask a question
kombo-budak-takraw
Out of stock

Tajuk : KOMBO: Budak Takraw

ISBN : kombo-budak-takraw

Format : Softcover

Berat : 0.39 kg

 

KOMBO: Budak Takraw merangkumi tiga buah buku iaitu:

1. Budak Takraw #1: Skuad Baru
2. Budak Takraw #2: Jurulatih Baru
3. Budak Takraw #3: Strategi Baru


Budak Takraw #1: Skuad Baru

Seorang jaguh takraw dari sekolah di bandar, seorang budak kampung yang tiada tujuan hidup, seorang pelajar yang acah-acah samseng di sekolah, dan seorang pengawas garang yang suka menyibuk, berkomplot menubuhkan sebuah pasukan sepak takraw yang tidak pernah wujud di sekolah mereka sebelum ini. Mampukah mereka menjayakan misi mustahil ini?

 

Budak Takraw #2: Jurulatih Baru

Selepas beberapa bulan bermain tanpa bimbingan, akhirnya Rizal, Ali, dan Azman mendapat seorang jurulatih. Namun, jurulatih yang mereka terima tidak sama seperti yang dibayangkan. Apa akan jadi dengan nasib Budak Takraw selepas ini?

 

Budak Takraw #3: Strategi Baru

Pasukan yang Rizal, Ali, dan Azman hadapi bukan calang-calang. Selain perbezaan fizikal yang ketara, lawan mereka bertiga turut mempunyai bakat dan kemahiran yang hampir menyamai taraf pemain sepak takraw profesional. Untuk mengharungi situasi mencemaskan ini, analisa dan strategi baru amat diperlukan. Namun, mampukah ‘budak takraw’ dari sekolah kampung ini meneruskan permainan dan seterusnya menjuarai kejohanan?

No reviews found