Save 15%

[TOMO] Kitab Strategi Sulit Ecommerce # (L43)

Write a review
Old price: RM35.00
RM29.75
You save: RM5.25 (15%)
Ask a question
KSSE
In stock
+
Tajuk: Kitab Strategi Sulit Ecommerce
ISBN: KSSE
Penerbit: Danial Arif
Penulis: Danial Arif
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 132
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.200 kg
Dimensi (cm): 20.9 cm x 14.9 cm x 0.8 cm
 
SINOPSIS
 
Jangan Baca Kitab Strategi Sulit Ecommerce...

(kalau sekadar hendak isi masa lapang tetapi tidak mahu bertindak untuk AUTO-kan jualan bisnes online anda)

Kita fikir, dengan bisnes online ini, kita dapat jana pendapatan dan dalam masa yang sama ada lebih banyak masa. Lebih masa untuk keluarga, lebih masa untuk hobi sendiri. Mungkin juga mahukan kebebasan untuk melancong ke mana-mana. Jadi, ramai orang buat keputusan untuk jalankan bisnes online berbanding bisnes offline.
 
Malangnya, bila dah terjebak dalam dunia bisnes online, rasa terperangkap pula dengan kerja mengunci jualan yang tidak pernah habis. Siang, malam dan bahkan masa orang lain cuti pun terpaksa bekerja untuk kejar sales.

Kalau ada team sales sekali pun, masih juga perlu lakukan pantauan secara dekat untuk pastikan KPI sales kita tercapai.


Secara kasarnya, ada 6 topik penting yang saya kongsikan didalam buku terbaru ini. Semua topik ini adalah perkara yang wajib anda tahu untuk jalankan perniagaan online secara ecommerce.

Ini ringkasan setiap topik dan sub-topik “EMAS” yang anda bakal temui di dalam buku ini:

STRATEGI #1: 5 KUNCI KEJAYAAN BISNES ECOMMERCE

  • Masih harapkan FB Ads semata-mata? Dalam buku ini saya kongsikan apakah medium pemasaran dan iklan yang ada selain dari FB Ads dan IG Ads
  • Adakah satu website hanya fokus jual 1 produk sahaja? Atau boleh campur banyak-banyak produk dalam 1 website? Jawapan ada didalam bab ini. 
  • Kenapa perlu bina website kalau boleh jual di Shopee dan Lazada? Bukankah lagi jimat masa dan wang? 
  • Masalah utama sekarang adalah “PERANG HARGA”. Didalam bab ini saya tunjukkan apakah yang perlu anda buat untuk hadapi peperangan harga ini.

STRATEGI #2: IDEA PRODUK

  • Masih belum tahu hendak jual produk apa dalam web anda? Saya dedahkan teknik yang saya gunakan untuk cari produk. Teknik ini saya dah guna sejak tahun 2013!
  • Selain dari cara untuk dapatkan idea produk, saya juga dedahkan kriteria-kriteria produk yang wajib ada. Biasanya kalau jual produk yang ada kriteria ini, produk akan jadi mudah  dijual.
  • Kena pegang produk ke? Atau boleh jadi ejen? Dua-dua ada pro dan con, saya dah lalui kedua-dua situasi sejak tahun 2013, saya bentangkan apakah pro dan con.
  • Ads makin mahal, perasan kan? Jadi, saya juga hendak kongsikan macam mana nak kira margin untung supaya harga jualan produk nanti boleh cover kos iklan yang makin mahal dan masih untung.

STRATEGI #3: KEDAI ONLINE ANDA

  • Kena upah developer atau baik buat sendiri? Kalau nak buat sendiri, kena guna platform apa untuk bina web?
  • Saya kongsikan pengalaman saya membina laman ecommerce sejak dari tahun 2016. Saya kongsikan pro dan con pelantar yang ada dan apakah pelantar yang sesuai dengan situasi bisnes anda.
  • Selain platform, rekaan dan susun atur website anda mainkan peranan penting untuk convert jualan. Silap susun dan design, klik masuk banyak tapi sales tak lekat. Huhu…
  • Saya kongsikan beberapa blueprint susun atur rekaan website saya yang telah terbukti berjaya hasilkan jualan.

STRATEGI #4: TRAFIK BERKUALITI 

  • Nak buat FB Ads dan IG Ads tapi tak tahu nak target interest apa?
  • Nak buat Google Ads, tapi tak pasti keyword apa kena target?
  • Kedua-dua soalan ini hanya boleh dijawab dengan cara jalankan split test. Nak split test pun ada strateginya, bukan main spend mem-khinzir buta!
  • Jadi, dalam bab ini saya tunjukkan strategi yang saya guna untuk jalankan split test di FB Ads/IG Ads dan Google Ads.

STRATEGI #5: IKLAN & AYAT JUALAN MEMUKAU 

  • Sekarang, ramai yang dah tahu, iklan yang berkesan adalah bergantung pada copywriting.
  • Dalam bab ini, saya tunjukkan struktur copywriting yang sesuai untuk iklan tarik pelanggan masuk dan beli di website.
  • Selain copywriting iklan, copywriting dalam page produk dan salespage produk juga mainkan peranan besar.
  • Kalau copywriting web tak power, susah nak convert prospek yang masuk ni jadi pelanggan.
  • Senang cerita, copywriting web ni macam skrip close sale Whatsapp. Nak conversion jualan tinggi, kena ada skrip copywriting yang betul pada web jualan anda.

STRATEGI #6: MAKSIMAKAN KEUNTUNGAN 

  • Untuk survive dan berkembang dalam jangka masa panjang, kita perlu besarkan keuntungan.
  • Semua orang bisnes tahu, profit adalah raja dalam bisnes. Kalau sales besar, tapi untung ciput (atau tiada untung), bisnes memang tidak akan survive!
  • Jadi, ini adalah bab yang saya tulis sebagai dedikasi kepada usahawan online yang nak jalankan bisnes ecommerce secara jangka masa panjang.
  • Saya kongsikan strategi-strategi menarik yang boleh bantu naikkan jualan dan profit anda.

No reviews found