Kitab Jaya Waras. Hikayat Pelbagai Nasihat Supaya Diri Kekal Sihat. [AKADEMI JAWI]

Write a review
RM45.00
Ask a question
Price in points: 45 points
In stock
+

Kitab Jaya Waras menghimpunkan cerita-cerita pendek yang sarat dengan nasihat dan pengajaran berkenaan ‘ilmu perubatan dan kesihatan. Acuan hikayat-hikayat pendek dalam buku ini juga mengadunkan pelbagai bidang ‘ilmu lain seperti ‘ilmu agama, akhlaq dan asuhan budi, politik, ketatanegaraan, perancangan bandar dan seni bina, peperangan dan ekonomi.

Kandungan Kitab Jaya Waras berlatarkan kehidupan seharian masharakat yang disorot dari pelbagai sudut dan disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami oleh khalayak. Cerita-cerita dalam buku ini berjalan di atas watak seorang ‘ilmuwan bernama Shaykh Nūr al-Dīn. Beliau menjadi tempat masharakat mempelajari dan memahami hakikat kebersihan dan kesihatan yang menjadi sebahagian daripada paksi kehidupan beragama.

Antara pengajaran yang dapat dihimpunkan daripada cerita-cerita dalam buku ini ialah gambaran suasana kehidupan masharakat Melayu yang bertamadun, yang mengi‘tiraf ‘ilmu dan wibawa ‘ilmu, yang hidup dalam suatu bandar yang tersusun dan meng‘amalkan agama, meng‘itiraf kuasa dan kepimpinan yang sah menerusi ‘ilmuwan dan pemimpin. Hal ini tergambar melalui teladan Shaykh Nūr al-Dīn dalam mengislahkan masharakat, manakala masharakat dan pemimpinnya pula dengan secara sedar dan ikhlas mengakui akan ke‘ilmuwan dan kewibawaan Tuan Shaykh.

Jalan da‘wah Tuan Shaykh adalah melalui qiyasan, perumpamaan yang menjentik ‘aqal, teladan yang baik dan teguran penuh hikmah sehingga menimbulkan rasa hormat dan percaya masharakat terhadapnya serta dengan sukarela meng‘amalkan ajaran dan aturan Tuan Shaykh

No reviews found