Save 15%

Kitab Alam Perempuan #[RAK 819]

Write a review
Old price: RM55.00
RM46.75
You save: RM8.25 (15%)
Ask a question
9789671698464
In stock
+

Kitab Alam Perempuan dikarang oleh al-Sayyid Shaykh bin Ahmad al-Hadi (1867-1934), yang merupakan himpunan tulisannya dalam majallah al-Ikhwan. Al-Sayyid Shaykh selepas pulang dari pengajian di Mesir membawa bersama jiwa baharu dan aliran baharu yang dirintis oleh Sayyid Jamalu’ddin al-Afghani dan Shaykh Muhammad Abduh. Mereka terkenal memerangi bid’ah dan khurafat yang menyelimuti umat Islam serta berusaha menegakkan Islam berdasarkan tawhid yang bersih daripada amalan shirik yang menodainya.

Empat perkara pokok yang menjadi tunjang pembicaraan al-Sayyid Shaykh dalam Kitab Alam Perempuan ialah berkenaan keperluan qawm perempuan kepada pelajaran, haqq-haqq qawm perempuan yang dipinggirkan, pemakaian tudung dalam kalangan perempuan dan qawm perempuan dalam perkahwinan.

Adalah diharapkan Kitab Alam Perempuan ini memberi fa’idah, manfa’at dan ma’na buat ‘aqal rubani qawm Muslimin masa kini dengan mengetahui dan mengenali kedudukan sebenar perempuan, justeru bertindak sesuai dengan kedudukannya dalam mengecapi ke’adilan pada dirinya dan diri-diri yang lainnya.

No reviews found