Tajuk: Kisah Perjalanan Hidup Rasulullah SAW
ISBN: 9789670618821
Penerbit: Edukid Distributors Sdn.Bhd
Penulis: Moulvi Al-Hafiz S.A. Seyed Ibrahim Al-Bukhari M.A
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 549
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat: 0.949 kg
Dimensi: 21 cm x 15 cm x 2.6 cm
SINOPSIS
Pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah, bersamaan 20 April 571 Masihi lahirlah insan mulia bernama Muhammad di kota suci Mekah. Ramai orang berasa teruja dan gembira dengan kelahiran ini namun ramai juga yang berasa marah. Maka banyaklah kisah suka dan duka yang dihadapi oleh insan ini dalam perjalanan hidup Baginda.
Pada usia Muhammad SAW 40 tahun, Allah SWT telah melantik Baginda menjadi Nabi Terakhir. Buku yang gah dan hebat ini akan membawa pembaca menelusuri zaman tersebut. Setiap kisah yang dipaparkan, iaitu sebelum Nabi Muhammad SAW dilahirkan sehinggalah Baginda wafat, semuanya disertakan dengan rujukan sumbernya.
Adalah diharapkan buku ini dapat menjadikan pembaca lebih kenal kepada Rasulullah SAW dan seterusnya mencintai Baginda. Bak kata pepatah, ' Tak kenal maka tak cinta'. Jika seseorang itu mengasihi atau mencintai seseorang yang lain, dia akan dapat bersama dengan orang itu, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, " Seseorang itu akan bersama dengan orang yang mereka kasihi, dan kamu bersama dengan orang yang kamu cintai dan kasihi." (Hadis riwayat Ibn Hibban, NO: 147). Oleh itu kasihilah Rasulullah SAW supaya kamu dapat bersama dengan Baginda di akhirat kelak. Amin.
No reviews found